
Panama isytihar darurat susulan gempa bumi kuat
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Panama isytihar darurat susulan gempa bumi kuat (Google News Malaysia (BM), 10:22)
Read the reporting
1 report
Panama isytihar darurat susulan gempa bumi kuat
Panama City: Panama mengisytiharkan keadaan darurat pada Sabtu bagi menyelaraskan usaha bantuan dan membantu komuniti yang terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.
Menteri Kepresidenan Juan Carlos Orillac pada sidang media di istana presiden berkata pengisytiharan itu akan memastikan agensi kerajaan sentiasa bersiap siaga dan mempunyai sumber yang diperlukan untuk membantu penduduk terjejas.
Orillac berkata Presiden Jose Raul Mulino telah mengarahkan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi menyelaraskan operasi bantuan, mengurus sumber serta menangani keperluan komuniti yang terjejas.
Beliau berkata kerajaan turut menubuhkan pusat pengumpulan sumbangan, termasuk di Omar Park di Panama City, manakala pejabat kerajaan wilayah akan dijadikan pusat pengumpulan tambahan.
Gempa bumi bermagnitud 7.5 melanda Panama pada 12.56 tengah hari waktu tempatan pada Jumaat, dengan pusat gempa terletak kira-kira 39 kilometer ke barat laut Tonosi di wilayah Los Santos.
Gempa bumi itu merosakkan rumah, sekolah, kemudahan kesihatan, jalan raya dan bangunan awam di beberapa kawasan di seluruh negara.
Pihak berkuasa Panama terus menilai kerosakan dan menyelaraskan usaha tindak balas kecemasan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 4 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)10:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.