
Pedro, Endrick, Engku Shakir kembali perkuat Star City FC
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
JITRA: Kehadiran tiga tonggak utama Star City FC (SCFC), Pedro Henrique, Engku Shakir dan Endrick Dos Santos, dijangka memberi suntikan kekuatan kepada pasukan itu menjelang aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok. (Berita Harian, 09:39)
Read the reporting
1 report
Pedro, Endrick, Engku Shakir kembali perkuat Star City FC
JITRA: Kehadiran tiga tonggak utama Star City FC (SCFC), Pedro Henrique, Engku Shakir dan Endrick Dos Santos, dijangka memberi suntikan kekuatan kepada pasukan itu menjelang aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.
Pada aksi suku akhir pertama di Stadium Tuanku Syed Putra, Star City FC membuka jaringan menerusi Moses Atede sebelum Selangor bangkit mencatat kemenangan 4-1 hasil hatrik Chrigor Moraes dan satu lagi gol oleh Vitor Pernambuco.
Pengendali Star City FC, Mehmet Durakovic, berkata kepulangan tiga tonggak itu mampu memberi nafas baharu kepada pasukannya dalam usaha bangkit selepas kekalahan besar pada aksi pertama.
"Kami sedar ketinggalan dengan agregat 1-4 menyukarkan tugas untuk berdepan Selangor FC di gelanggang lawan malam esok. Namun, saya berharap kehadiran tiga tonggak ini sekurang-kurangnya dapat memperkukuh pasukan untuk memberikan saingan dalam aksi penting suku akhir kedua.
"Ketiga-tiga pemain itu tidak dapat beraksi pada suku akhir pertama di laman sendiri sebelum ini kerana masalah kecergasan dan kecederaan.
"Saya berharap kepulangan mereka dapat meningkatkan semangat pasukan untuk terus berjuang hingga minit terakhir. Dalam bola sepak, masih ada 90 minit untuk dimainkan dan apa-apa sahaja boleh berlaku. Kami akan berusaha sehabis baik," kata Durakovic selepas sesi latihan, semalam.
Durakovic turut menggesa anak buahnya melupakan kekalahan terdahulu dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan itu tanpa dibebani tekanan meskipun ketinggalan dari segi agregat.
"Saya menyeru semua pemain supaya tidak patah semangat selepas tewas pada aksi pertama. Sebaliknya, mereka perlu tampil dengan semangat baharu dan berjuang pada tahap terbaik untuk membuktikan kemampuan Star City FC.
"Tiada apa yang mustahil selagi perlawanan belum berakhir. Kami perlu terus mencuba untuk memberikan saingan dalam aksi kedua ini dan saya berharap pemain dapat menunjukkan peningkatan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian09:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.