Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : 'Corporate Mafia', FELDA Abuse Of Power Claims Among Dewan Rakyat Focus Today47Business : STR, SARA Nearly RM11 Bln Disbursed To Eligible Recipients As of September 2026 -- MoF46Business : MoF: No Commitment To Provide Financing Support To AirAsia45‘Bila rindu mereka, saya peluk beg sekolah’42World : Portugal Suspend Cristiano Ronaldo For 30 Days, Impose Us$286 Fine Over Camp Departure37Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Samun kabel ECRL, TM di Temerloh: Geng Ravi, Kepala, Dany, Mista tumpas, 17 ditahan366 ditahan bantu siasatan kes dera wanita Indonesia36Abbe Hae didakwa ditahan polis36Sasar 50 peratus lebuh raya dilengkapi teknologi pintar35Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok35Yamal vs PSG: Ballon d’Or backdrop to Champions League showdown
NewConfirmedupdated 1 h ago

Parlimen: Bilangan transaksi skim BNPL meningkat 23.9 peratus separuh pertama tahun ini berbanding 2025

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 08:00 MYTLatest activity 20 Oct, 08:06BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Bilangan transaksi skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) meningkat 23.9 peratus kepada 173.9 juta transaksi pada separuh pertama tahun ini berbanding 140.4 juta separuh kedua 2025. (Berita Harian, 08:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Parlimen: Bilangan transaksi skim BNPL meningkat 23.9 peratus separuh pertama tahun ini berbanding 2025

By Muhamaad Razis Ismail · 20 Oct, 08:00 MYT

KUALA LUMPUR: Bilangan transaksi skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) meningkat 23.9 peratus kepada 173.9 juta transaksi pada separuh pertama tahun ini berbanding 140.4 juta separuh kedua 2025.

Kementerian Kewangan (MoF) berkata, berdasarkan data dipantau Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP), nilai transaksi BNPL turut meningkat 22.5 peratus kepada RM14.7 bilion berbanding RM12 bilion dalam tempoh sama.

"Seiring dengan pertumbuhan penggunaan BNPL, pada 30 Jun 2026, bilangan pemegang akaun aktif BNPL turut meningkat sebanyak 22.7 peratus kepada 9.2 juta pengguna, manakala jumlah baki terkumpul pembiayaan BNPL ialah sebanyak RM6.6 bilion.

"Bagaimanapun, jumlah tidak berbayar BNPL adalah masih terkawal iaitu sebanyak RM220.4 juta atau 3.3 peratus daripada jumlah baki terkumpul BNPL," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.

MoF menyatakan demikian menjawab soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mengenai perkembangan terkini penggunaan dan tunggakan BNPL serta langkah Suruhanjaya Kredit Pengguna untuk mengawal risiko keberhutangan berlebihan khususnya dalam kalangan golongan muda dan berpendapatan rendah.

MoF berkata, daripada keseluruhan jumlah transaksi BNPL ini, golongan muda menyumbang hampir 40 peratus daripada keseluruhan penggunaan BNPL manakala berdasarkan tinjauan SKP, golongan berpendapatan rendah merangkumi lebih kurang 70 peratus daripada jumlah keseluruhan pengguna aktif BNPL.

Bagi melindungi pengguna kredit daripada berhutang melebihi kemampuan mereka, SKP mewajibkan penyedia skim BNPL menjalankan penilaian kelayakan kredit dan kemampuan berhutang sebelum sesuatu pembiayaan diluluskan.

"Penyedia BNPL juga tidak boleh memberi atau menambah kemudahan kredit kepada pengguna yang berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk memenuhi obligasi pembayaran balik hutang mereka," katanya.

Selain itu, MOF berkata SKP turut memberi penekanan kepada ketelusan dan amalan pelakuan yang adil.

"Penyedia BNPL dikehendaki memberikan maklumat yang jelas mengenai terma, fi dan caj yang dikenakan, serta memastikan aktiviti pemasaran dan promosi tidak mengelirukan pengguna.

"Langkah ini penting bagi membolehkan pengguna membuat keputusan kewangan yang lebih baik dalam menggunakan kemudahan BNPL," katanya.

Pada masa sama, MOF berkata SKP turut bekerjasama rapat dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta Jaringan Pendidikan Kewangan (Financial Education Network, FEN) bagi memperkukuh literasi kewangan pengguna dengan memanfaatkan platform, kepakaran dan inisiatif sedia ada,

"Pendekatan menyeluruh kerajaan (whole-of-government approach) ini membolehkan usaha pendidikan dan kesedaran pengguna dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan tanpa pertindihan peranan, dengan memanfaatkan pengalaman dan keupayaan agensi yang telah lama menerajui agenda literasi kewangan negara," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow09:00
Latest 09:31 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 08:00 MYT
Origin confidence 60% · 6 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    08:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.