Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok50Muzik menyatukan kita - Nidji46Tuanku Muhriz invited to Conference of Rulers meeting, says report42Perkhidmatan Tabung Haji kembali pulih selepas serangan siber, simpanan pendeposit dijamin selamat42Batik Air batal penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah41World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport40General : Missing Malaysians In Nepal: Families Seek Financial Relief Framework39Jalan Kuching fatal crash: Driver tracked to Damansara hospital37‘We send oxygen when there’s no smoke’: Indonesian official brushes off haze criticism in Malaysia, Singapore37Khidmat tren KLIA Ekspres alami gangguan, kabel terputus37General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am37Belanjawan 2027 bukti tiada hasrat swastakan KTMB – Loke
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pasangan khalwat ditahan bersama bayi 4 bulan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 15:11 MYTLatest activity 12 Oct, 15:11BMconfidence 60%

What happened

Pasangan khalwat ditahan bersama bayi 4 bulan (Harian Metro, 15:11)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Pasangan khalwat ditahan bersama bayi 4 bulan

By Alias Abd Rani · 12 Oct, 15:11 MYT

am@hmetro.com.my

Kluang: Serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah rumah di daerah ini, kelmarin membawa kepada penahanan seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki berkhalwat.

Selain itu, pegawai dan anggota JAINJ turut menemukan seorang bayi berusia empat bulan dalam rumah terbabit.

Serbuan dilakukan pada 12.05 tengah malam selepas penguat kuasa JAINJ menerima aduan awam berhubung perbuatan pasangan terbabit.

Menurut JAINJ, sebaik tiba di rumah teres yang disewa wanita berusia lingkungan 30-an itu, penguat kuasa mendapati pintu rumah tertutup, manakala pagar dalam keadaan berkunci.

"Selepas pintu diketuk, seorang lelaki memakai baju-T dan berseluar panjang membukanya.

"Penguat kuasa kemudian memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa sebelum menjalankan pemeriksaan.

"Apabila ditanya tinggal bersama siapa, lelaki berusia lingkungan 30-an itu terdiam sebelum memaklumkan dia tinggal bersama bakal isterinya.

"Pemeriksaan lanjut menemukan seorang wanita yang memakai baju-T lengan panjang dan kain skirt labuh.

"Turut ditemukan seorang bayi yang sedang tidur di atas toto berhampiran wanita berkenaan.

"Apabila ditanya mengenai ibu dan bapa bayi itu, wanita terbabit memaklumkan bayi berkenaan ialah anak tidak sah tarafnya.

"Lelaki itu kemudian mengakui bertanggungjawab sehingga wanita berkenaan melahirkan bayi terbabit.

"Bayi itu dilahirkan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini dan soal siasat mendapati lelaki terbabit berstatus bujang, manakala kedua bekerja di Kluang," menurut kenyataan itu.

JAINJ berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit datang ke rumah wanita berkenaan pada 10 malam dengan alasan menghantar makanan.

"Kedua ditahan mengikut Seksyen 27 dan Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 berkaitan kesalahan khalwat dan zina," menurut kenyataan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:00
Latest 17:47 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 15:11 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    15:11

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pasangan khalwat ditahan bersama bayi 4 bulan · Malaysian Attention Engine