Pegawai perikanan dipenjara 12 bulan, denda RM20,000 terima rasuah RM1,700
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM – Seorang Penolong Pegawai Perikanan di Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dihukum penjara 12 bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhd Shahrir Sha'arani, 48, selepas didapati bersalah di akhir kes pendakwaan atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1,700 daripada sebuah syarikat yang menjual ikan air tawar pada 2022.Berdasarkan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Nasir berkata, mahkamah memutuskan pi (Sinar Harian, 20:40)
Read the reporting
1 reportPegawai perikanan dipenjara 12 bulan, denda RM20,000 terima rasuah RM1,700
SHAH ALAM – Seorang Penolong Pegawai Perikanan di Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dihukum penjara 12 bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhd Shahrir Sha'arani, 48, selepas didapati bersalah di akhir kes pendakwaan atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1,700 daripada sebuah syarikat yang menjual ikan air tawar pada 2022.Berdasarkan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Nasir berkata, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kedua-dua pertuduhan melampaui keraguan munasabah.Menurutnya, anggapan statutori di bawah Seksyen 50 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 juga didapati tidak berjaya dipatahkan oleh pihak pembelaan berdasarkan imbangan kebarangkalian.Sehubungan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan.Tertuduh boleh dipenjara selama tiga bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda.Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak, namun membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya pelaksanaan hukuman ditangguhkan sehingga rayuan selesai dengan jumlah jaminan dinaikkan kepada RM15,000.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Muhammad Arif Asyraf Mohd Khairi sementara tertuduh diwakili peguam, Nik Muammir daripada Tetuan Shah Hurrie & Co.Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perikanan didakwa menerima rasuah berjumlah RM1,700 melalui dua transaksi pindahan bank daripada pemilik sebuah syarikat berkenaan.Rasuah itu didakwa sebagai dorongan untuk mengeluarkan Sijil Kesihatan Ikan Hiasan daripada Jabatan Perikanan Malaysia pada Disember 2022.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian20:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.