
Pelari elit Kenya disiasat isu doping
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Paris: Pelari maraton Kenya, Ronald Kipkoech Korir digantung sementara selepas disyaki menggunakan bahan terlarang, menurut Unit Integriti Olahraga (AIU). (Harian Metro, 11:04)
Read the reporting
1 report
Pelari elit Kenya disiasat isu doping
Paris: Pelari maraton Kenya, Ronald Kipkoech Korir digantung sementara selepas disyaki menggunakan bahan terlarang, menurut Unit Integriti Olahraga (AIU).
Korir, 35, sebelum ini mencuri tumpuan apabila menamatkan saingan di tempat keempat pada Maraton Berlin 2023 yang dimenangi Eliud Kipchoge, dengan catatan masa 2 jam 4 minit 22 saat.
Catatan itu meletakkannya dalam kelompok pelari maraton elit dunia, sebelum dia sekali lagi menduduki tempat keempat pada Maraton Hamburg 2024.
Penggantungan sementara itu membolehkan siasatan dijalankan terhadap kes berkenaan, namun ia bukan keputusan muktamad bahawa atlet terbabit melakukan kesalahan doping.
Kes Korir menambah perhatian terhadap rekod pematuhan antidoping Kenya, yang berdepan beberapa kes melibatkan atlet jarak jauh dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Sejak 2017, lebih 140 atlet Kenya digantung sementara atau dikenakan larangan bertanding oleh AIU, termasuk pemegang rekod dunia maraton wanita, Ruth Chepngetich.
Perhatian terhadap usaha membanteras doping di negara Afrika Timur itu dijangka meningkat selepas Olahraga Dunia memilih Nairobi sebagai tuan rumah Kejohanan Olahraga Dunia 2029.
Kenya terkenal sebagai antara kuasa utama dunia dalam acara larian jarak jauh, khususnya maraton, namun siri kes doping terus mencetuskan persoalan mengenai keberkesanan sistem pemantauan dan penguatkuasaan antidoping negara berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.