Malaysian Attention Engine
Live wire
86General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon83General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar78Business : Govt To Provide 50 Acres Of KL Land Worth RM1 Bln For Bumiputera Agenda75Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara72Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan71Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing70General : Road Transport Act To Be Amended To Compel Compensation From Drunk Drivers - PM Anwar66Semua doktor yang tamat latihan siswazah ditawarkan jawatan tetap secara automatik66Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat60General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income60Belanjawan 2027: Johor Bahru bakal laksana e-ART, Lembah Klang dapat RM100 juta atasi banjir kilat59General : Budget 2027: MYKOMUTER50, Free Passes And ECRL Phase 1 In Major Transport Boost
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Peluang pelajar Malaysia teroka bidang perubatan di UGM

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 15:03 MYTLatest activity 9 Oct, 15:03BMconfidence 60%

What happened

Kolej Antarabangsa Goon (GIC) dan Universitas Gadjah Mada (UGM) memperkukuh kerjasama strategik bagi membuka lebih banyak peluang pendidikan tinggi antarabangsa kepada pelajar Malaysia. (Harian Metro, 15:03)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Peluang pelajar Malaysia teroka bidang perubatan di UGM

9 Oct, 15:03 MYT

Kolej Antarabangsa Goon (GIC) dan Universitas Gadjah Mada (UGM) memperkukuh kerjasama strategik bagi membuka lebih banyak peluang pendidikan tinggi antarabangsa kepada pelajar Malaysia.

Inisiatif berkenaan memberi fokus kepada peluang melanjutkan pengajian di UGM untuk pelajar dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, selain menyediakan laluan pendidikan yang lebih jelas kepada mereka.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, GIC turut menawarkan peluang biasiswa kepada pelajar terpilih yang mengikuti Program Asasi Sains, khususnya mereka yang menunjukkan pencapaian akademik cemerlang dan berpotensi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Antara bidang pengajian yang berpotensi diketengahkan termasuk Sarjana Muda Perubatan (MBBS), Sarjana Muda Pergigian, Sarjana Muda Farmasi dan Sarjana Muda Perubatan Veterinari.

Pengarah GIC, P. Prabagaran berkata, kerjasama itu bertujuan membantu pelajar tempatan untuk melanjutkan pengajian ke UGM dengan sasaran pengambilan 100 pelajar pada Januari tahun depan.

"Kami mahu pelajar memahami bahawa terdapat pelbagai laluan untuk mereka melanjutkan tahap pendidikan sedia ada ke tahap yang lebih tinggi. Melalui kerjasama ini, kami mengharapkan peluang pendidikan ini akan lebih mudah diakses.

"GIC juga akan menawarkan peluang biasiswa kepada pelajar terpilih yang mengikuti Program Asasi Sains. Inisiatif ini bagi memberikan sokongan tambahan kepada pelajar yang menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Kerjasama Strategik GIC dan UGM di Goon International College, yang turut menghimpunkan wakil kedua-dua institusi serta Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Dekan Jabatan Anatomi UGM, Profesor Teguh Budipitojo menyambut baik kerjasama berkenaan yang disifatkan sebagai peluang untuk memperkukuh hubungan pendidikan antara Malaysia dan Indonesia.

"Kami berharap kerjasama ini dapat memberikan pelajar Malaysia akses lebih luas kepada peluang akademik, maklumat serta pengalaman pembelajaran antarabangsa di UGM.

"Ketika ini, terdapat kira-kira 70 pelajar Malaysia di Jabatan Anatomi UGM. Saya percaya melalui kerjasama ini, jumlah pelajar akan bertambah. Ini sangat baik untuk sektor Pendidikan Malaysia-Indonesia," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:00
Latest 17:19 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 15:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    15:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Peluang pelajar Malaysia teroka bidang perubatan di UGM · Malaysian Attention Engine