
Pelumba protes isu keselamatan, pelepasan ditangguh lima minit
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Bergamo: Pelumba yang bersaing dalam perlumbaan berbasikal Il Lombardia melancarkan protes selama lima minit bagi menyuarakan kebimbangan terhadap aspek keselamatan susulan beberapa insiden membabitkan kenderaan di laluan perlumbaan. (Harian Metro, 19:24)
Read the reporting
1 report
Pelumba protes isu keselamatan, pelepasan ditangguh lima minit
Bergamo: Pelumba yang bersaing dalam perlumbaan berbasikal Il Lombardia melancarkan protes selama lima minit bagi menyuarakan kebimbangan terhadap aspek keselamatan susulan beberapa insiden membabitkan kenderaan di laluan perlumbaan.
Aksi itu menyaksikan peloton kekal tidak bergerak walaupun kiraan detik pelepasan selesai, sekali gus mencetuskan kekeliruan sebelum pelumba Belgium, Remco Evenepoel, tampil menjelaskan tujuan protes berkenaan kepada orang ramai.
Evenepoel berkata, terlalu banyak insiden membabitkan kenderaan berlaku ketika perlumbaan sehingga mengancam keselamatan pelumba profesional.
"Malangnya, kita kehilangan seorang saudara dan rakan seperjuangan. Kami mahu menyampaikan mesej kepada dunia bahawa kita tidak boleh terus menerima hakikat pelumba cedera atau kehilangan nyawa ketika melakukan perkara yang paling kita gemari," katanya.
Juara Olimpik dua kali itu merujuk kematian pelumba Britain, Finlay Tarling, adik kepada pelumba Netcompany Ineos, Josh Tarling, yang meninggal dunia selepas terbabit dalam perlanggaran dengan sebuah kenderaan ketika saingan Tour of Portugal pada 14 Ogos lalu.
Kebimbangan itu semakin memuncak selepas dua pelumba, Thomas Gloag dan Marcel Camprubi, dilanggar motosikal polis yang bergerak dari arah bertentangan ketika perlumbaan Tre Valli Varesine, awal minggu ini.
Kesatuan pelumba profesional, CPA, dalam satu kenyataan menegaskan insiden membabitkan kenderaan di laluan perlumbaan tidak boleh dibiarkan berulang.
"Pelumba berlumba pada kelajuan tinggi dengan perlindungan yang minimum dan bergantung kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) serta penganjur untuk memastikan laluan perlumbaan selamat.
"Tanggungjawab itu tidak dilaksanakan dengan sewajarnya," menurut kenyataan berkenaan.
CPA turut menggesa UCI memastikan penganjur mengambil tanggungjawab dan bertindak memperbaiki tahap keselamatan dalam perlumbaan.
Selepas lima minit, peloton meneruskan perlumbaan seperti dijadualkan menuju Como.
CPA menegaskan protes itu bukan bertujuan mengganggu perlumbaan, sebaliknya menunjukkan kekuatan pelumba apabila bersatu menyuarakan tuntutan.
"Kami menyukai sukan ini dan menghormati penganjur perlumbaan. Kami mahu berlumba dengan bersungguh-sungguh serta memberikan tontonan terbaik kepada peminat.
"Namun, paling penting, kami mahu pulang ke rumah dengan selamat untuk bersama insan tersayang," menurut kenyataan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:24
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.