
Pembangkang mahu Tabung Haji kaji syarat simpanan RM15,000 pendeposit
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) perlu mengkaji semula syarat simpanan minimum RM15,000 bagi pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) untuk melayakkan mereka memasuki senarai menunggu menunaikan haji. (Utusan Malaysia, 14:03)
Read the reporting
1 report
Pembangkang mahu Tabung Haji kaji syarat simpanan RM15,000 pendeposit
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) perlu mengkaji semula syarat simpanan minimum RM15,000 bagi pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) untuk melayakkan mereka memasuki senarai menunggu menunaikan haji.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dasar itu meresahkan umat Islam, khususnya golongan luar bandar yang mengumpul wang sedikit demi sedikit bagi menunaikan ibadah haji.
Katanya, syarat tersebut dikhuatiri menyebabkan kira-kira tiga juta pendeposit sedia ada terkeluar daripada senarai berkenaan.
“Dalam negara kita ini kebanyakan orang kampung mempunyai aset, dia ada tanah, dia ada macam-macam, kebun dan sebagainya. Tetapi kalau nakkan tunai RM1,300, dia mampu untuk masuk dalam senarai untuk pergi haji.
“Tetapi kalau nak suruh RM15,000 sekaligus, dia kata ‘itu aku nak guna, itu adalah wang harian mereka’. Maka sebab itu, saya minta supaya Tabung Haji menilai semula tentang perkara ini. Sebab kebanyakannya hanyalah meletakkan nama, RM1,300 itu semata-mata untuk masuk dalam senarai pergi haji.
“Jangan risau tentang RM15,000, kecuali Tabung Haji memikirkan ini adalah likuiditi untuk mereka, kerana masalah yang telah pun dilakukan ketika UJSB mengambil balik aset mereka itu. Yang ini yang saya ingin persoalkan.
“Kalau pun mahu membantu Tabung Haji, saya nak tanya apakah wang yang telah pun ataupun skim yang telah digunakan oleh kerajaan untuk membantu Tabung Haji berkaitan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ini benar-benar membantu?” soalnya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Hamzah, beliau di pihak pembangkang akan menjadi semak dan imbang supaya setiap tindakan itu dibuat secara menyeluruh dan adil, tanpa memilih pihak tertentu.
“Kita nak supaya pastikan yang benar itu benar, yang salah itu salah, kalau dihukum mesti dihukum, jangan pilih-pilih. Ini jadi masalah kita apabila takut tentang masalah UJSB akan dibangkitkan oleh pembangkang.
“Saya nak maklumkan, pembangkang ini akan menjadi kumpulan semak dan imbang. Kita bukan hanya menekan, kita berikan juga cadangan, kita juga melakukan sesuatu yang baik untuk memastikan segala apa yang berlaku dalam negara kita ini benar-benar memberikan masa depan negara yang lebih baik, insya-Allah,” katanya. – UTUSAN
The post Pembangkang mahu Tabung Haji kaji syarat simpanan RM15,000 pendeposit appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia14:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.