Malaysian Attention Engine
Live wire
55General : Hajiji Urges Sabah Districts to Develop Unique Tourism Products45Deva, komposer di sebalik muzik ikonik 'Baasha' meninggal dunia pada usia 75 tahun38Over 1,800kg of invasive fish hauled from Ampang Hilir Lake Park36General : 6,724 MOH Officers Approved For Promotions, Acting Appointments36Elon Musk perkenalkan kereta terbang Tesla35Pang Ron-Pei Jing kejutkan gandingan Jepun34General : Salary Guidelines Require Transparent Monitoring, Enforcement - Analysts34Banjir kilat di Subang, Ara Damansara dan Kota Damansara34Mimpi ngeri pemilik rumah, penyewa guna kediaman lombong Bitcoin secara haram33Haze triggers highest-level alert in parts of Southeast Asia33Pulau Silikon pemangkin ekonomi strategik Pulau Pinang untuk 50 tahun33Amazon launches new Bee 'personal AI' devices that listen to conversations
NewConfirmedupdated 50 min ago

Pemilik rumah sewa jadi mangsa pelombongan Bitcoin berdepan tuntutan TNB ratusan ribu ringgit

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
44
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 18:25 MYTLatest activity 17 Oct, 18:58BMconfidence 80%

What happened

KUANTAN: Penjenayah lesap, pemilik rumah pula terpaksa menanggung hutang. Itulah nasib pemilik hartanah yang menjadi mangsa penyewa yang menjalankan kegiatan perlombongan bitcoin haram, sehingga berdepan tuntutan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencecah ratusan ribu ringgit. (Utusan Malaysia, 18:25)

Read the reporting

2 reports
Sinar Harian·News·BM·3 min read

Rumah disewa jadi lombong bitcoin, pemilik berdepan tuntutan TNB ratusan ribu ringgit

By NIK AMIRULMUMIN NIK MIN · 17 Oct, 18:58 MYT

KUANTAN - Beberapa pemilik rumah sewa di sini 'terduduk' selepas menerima notis tuntutan kerugian daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga mencecah ratusan ribu ringgit selepas rumah mereka disalahguna penyewa untuk aktiviti perlombongan bitcoin secara haram.Rata-rata mangsa mengakui langsung tidak mencurigai penyewa rumah masing-masing memandangkan bayaran sewa rumah yang dilunaskan mengikut waktu setiap bulan sehingga kegiatan haram itu dibongkar pihak berkuasa baru-baru ini.Salah seorang mangsa terlibat, Noor Afiza Rujohan, 37, mendakwa telah menyewakan rumahnya di Taman Seri Damai di sini kepada seorang individu sejak dua tahun lalu dengan kadar sewa RM850 sebulan.Menurut Noor Afiza, dia mengakui jarang menjenguk rumahnya itu kerana tinggal jauh di Lipis."Terkejut bila dapat tahu rumah diserbu pihak berkuasa kerana digunakan untuk aktiviti perlombongan bitcoin secara haram melibatkan kecurian elektrik dengan jumlah besar."Saya juga telah menerima notis tuntutan kerugian daripada pihak TNB kerana didakwa berlaku kecurian elektrik melalui sambungan haram," katanya.Peniaga itu berkata, dia telah bertemu dengan pihak TNB di sini untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu."Setakat ini, saya cuma dimaklumkan jumlah tuntutan yang dikenakan masih dalam pengiraan namun mungkin antara yang paling tinggi," katanya.Tambah Noor Afiza, dia turut menanggung kerugian akibat kerosakan hartanah termasuk pagar yang ditanggalkan serta kerosakan pada siling dan pendawaian elektrik oleh penyewa.Sementara itu, keputusan Mohd Fadzil Zakaria menyewakan rumah baharunya di Perumahan Penor Makmur 1 bagi menambah pendapatan bertukar mimpi ngeri apabila dia berdepan tuntutan puluhan ribu ringgit.Mohd Fadzil antara beberapa pemilik rumah yang menerima nasib sama."Saya menerima notis tuntutan lebih RM100,000 sebelum dikurangkan kepada kira-kira RM64,000."Walaupun telah dikurangkan, jumlah itu tetap tinggi dan di luar kemampuan," katanya.Nasib sama dilalui, Siti Akmaliah Jamaluddin, 33, yang turut mendakwa menyewakan rumahnya di Gambang Damai di sini kepada seorang lelaki April lalu dipercayai menggunakan maklumat peribadi palsu.Siti Akmaliah berkata, sepanjang tempoh itu urusan pembayaran sewa dilakukan melalui mesin deposit tunai kerana penyewa memberi alasan tiada akaun bank."Saya hanya mengetahui rumah menjadi lombong bitcoin dan berlaku kecurian elektrik selepas menerima mesej daripada talian khidmat pelanggan TNB."Pada mulanya saya menyangka mesej diterima tu adalah cubaan menipu, namun selepas diminta hadir ke pejabat TNB dalam tempoh dua minggu, saya pergi ke pejabat syarikat utiliti itu pada 4 Oktober lalu bagi mendapatkan penjelasan lanjut," kata peniaga itu.Siti Akmaliah berharap pihak berkuasa segera mengesan penjenayah terlibat yang masih bebas."Penjenayah lesap, kita pemilik rumah pula terpaksa menanggung hutang," luahnya.Sementara itu, aktivis Muhammad Faiz Hashim berkata, pihaknya menerima aduan berhubung isu itu bukan sahaja di Pahang tetapi daripada pemilik rumah di negeri lain termasuk Kedah, Selangor dan TerengganuMenurutnya, setakat ini sembilan mangsa sudah tampil membuat aduan dan agak mengejutkan apabila ada yang berdepan tuntutan sehingga RM600,000."Dalam isu ini, kami merayu kepada pihak berkaitan supaya mempertimbangkan jumlah tuntutan yang tidak terlalu membebankan kerana rata-rata mangsa tidak mengetahui rumah mereka digunakan untuk kegiatan haram."Saya berusaha membawa perkara ini termasuk ke pejabat Menteri Besar Pahang, namun dimaklumkan bahawa tuntutan berkenaan perlu dirujuk kepada pihak pengurusan TNB kerana ia di luar bidang kuasa negeri," katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota.Mohd Faiz berkata, pihaknya kini berusaha mengumpulkan surat rayuan mangsa untuk dikemukakan kepada pengurusan tertinggi TNB bagi mendapatkan pertimbangan sewajarnya, termasuk pengurangan tuntutan dan kaedah penyelesaian yang lebih munasabah.Pada masa yang sama perkara itu turut dipanjangkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (Petra) melalui Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

As published in Sinar Harian’s feed.Read at Sinar Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 44NEWnow19:00
Latest 19:17 MYT
44New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
17 Oct, 18:25 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    18:25

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.