Malaysian Attention Engine
Live wire
49Business : Singapore Economy Grows 5.4 Pct In 3Q 2026 -- Advance Estimates48Kuasa veto PBB perlu disekat, hentikan jenayah kemanusiaan - Mohamad Hasan45Ram Karpal, Takiyuddin antara anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen44Trump says Taiwan to buy 30% of gas from Alaska pipeline44Court of Appeal sets aside RM1.1mil damages awarded to Ivana Smit's family43General : Malaysia First Country To Convince Myanmar To Accept The Return Of Its Refugees - Fahmi4260yo M’sian Man Drives 130 Metres Along Railway Tracks in Port Klang While Heading Home42Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah40Pengerusi badan berkanun didakwa di Georgetown esok40Krisis bekalan petrol di Bali39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi39Dewan Rakyat debate heats up over migrant refugee issue
NewConfirmedupdated 1 h ago

Penambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dipersetujui secara prinsip - Sharifah Hasidah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
44
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 10:57 MYTLatest activity 14 Oct, 11:14ENBMconfidence 63%

What happened

A constitutional amendment and a two-thirds majority in Parliament are required before additional parliamentary seats can be created for Sarawak and Sabah. (Sarawak Tribune, 10:57)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Penambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dipersetujui secara prinsip - Sharifah Hasidah

By Mohd Roji Kawi · 14 Oct, 11:14 MYT

KUCHING: Penambahan perwakilan Parlimen Sabah dan Sarawak bagi mengembalikan nisbah satu pertiga kerusi Dewan Rakyat seperti ketika pembentukan Malaysia pada 1963 secara prinsipnya mendapat persetujuan Jemaah Menteri Persekutuan, namun formula dan jumlah kerusi tambahan masih belum dimuktamadkan.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata perkara itu antara isu tertunggak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) pada 11 September lalu di Kota Kinabalu.

Beliau berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu meneliti kemajuan pelaksanaan perkara tertunggak MA63, termasuk usaha meningkatkan kadar perwakilan Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat selaras dengan semangat pembentukan Malaysia.

"Ketika Malaysia dibentuk pada 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura secara bersama mempunyai kira-kira satu pertiga daripada keseluruhan kerusi Parlimen.

"Bagaimanapun, pada masa ini, Sarawak dan Sabah hanya mempunyai 56 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, iaitu kira-kira 25 peratus," katanya ketika menjawab soalan Chieng Jin Ek (GPS-Bukit Assek) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Katanya, pendirian Kerajaan Sarawak kekal kadar perwakilan berkenaan perlu dipulihkan bagi memastikan keseimbangan dalam Persekutuan, selaras dengan semangat dan asas pembentukan Malaysia.

Beliau berkata, ketika Malaysia ditubuhkan, Parlimen mempunyai 159 kerusi, dengan Tanah Melayu memegang 104 kerusi, Sarawak (24), Sabah (16) dan Singapura (15), menjadikan ketiga-tiga wilayah berkenaan memiliki 55 kerusi secara bersama.

Bagaimanapun, selepas Singapura berpisah daripada Malaysia pada 1965, bahagian perwakilan berkenaan tidak diperuntukkan semula, menyebabkan peratusan kerusi Sarawak dan Sabah semakin mengecil berbanding jumlah keseluruhan kerusi Parlimen ketika ini.

Sharifah Hasidah berkata, jika nisbah satu pertiga dikira berdasarkan 222 kerusi Dewan Rakyat sekarang, Sabah dan Sarawak perlu mempunyai kira-kira 74 kerusi secara bersama, berbanding 56 kerusi yang dimiliki ketika ini.

Beliau menjelaskan, isu itu bukan sekadar membabitkan penambahan angka kerusi, sebaliknya turut berkaitan perlindungan perlembagaan bagi memastikan keseimbangan kuasa antara wilayah dalam Persekutuan, terutama apabila pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga ahli Parlimen.

Beliau berkata, sebarang penambahan kerusi Parlimen perlu melalui pindaan Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat sebelum proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut peruntukan berkaitan.

"Langkah seterusnya ialah mencapai persetujuan mengenai formula dan jumlah kerusi tambahan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak dan Sabah, diikuti penyediaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) untuk dibentangkan bagi kelulusan Parlimen," katanya.

Beliau berkata, persetujuan secara prinsip Kerajaan Persekutuan itu adalah permulaan kepada proses perlembagaan, namun jumlah kerusi tambahan dan garis masa pelaksanaannya masih belum ditentukan.

Sharifah Hasidah menegaskan isu penambahan perwakilan Parlimen itu perlu dibezakan daripada kajian semula persempadanan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang sedang dijalankan SPR, susulan kelulusan penambahan kerusi DUN daripada 82 kepada 99 pada 2025.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45NEWnow
Latest 11:56 MYT
44New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sarawak Tribune) source
  2. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  3. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Berita Harian) source
  4. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Sarawak Tribune (News)
14 Oct, 10:57 MYT
Origin confidence 90% · 18 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sarawak Tribune
    10:57

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Sarawak Tribune

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.