
Ram Karpal, Takiyuddin antara anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dipersetujui Dewan Rakyat untuk menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, hari ini. (Utusan Malaysia, 12:03)
Read the reporting
6 reports
Ram Karpal, Takiyuddin antara anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen
KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dipersetujui Dewan Rakyat untuk menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, hari ini.
Mereka ialah Ram Karpal Singh (PH-Bukit Gelugor), Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan pelantikan itu dipersetujui Jawatankuasa Pemilih pada 13 Oktober lalu selaras dengan Seksyen 3 (2) (f) Akta Perkhidmatan Parlimen 2025.
“Bahawa Jawatankuasa Pemilih mengikut peraturan Mesyuarat 76 dengan ini menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan baginya oleh Seksyen 3 (2) (f) Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 bagi menamakan ahli-ahli Dewan Rakyat yang akan menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen yang mengandungi empat orang ahli Dewan Rakyat yang dua orang ialah ahli kerajaan dan dua orang ialah ahli kumpulan pembangkang.
“Jawatankuasa Pemilih pada 13 Oktober telah bersetuju untuk mencadangkan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen.
“Oleh itu, bahawa mengikut Seksyen 3 (2) (f) Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, empat ahli Dewan Rakyat yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pemilih seperti di perenggan atas hendaklah diterima dan dipersetujui,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, usul itu tidak perlu dibahaskan kerana kedua-dua pihak bersetuju dengan keempat-empat nama.
“Dewan telahpun mendengar usul yang dikemukakan oleh Perdana Menteri dan sepatutnya masalah sekarang dibuka untuk dibahaskan.
“Namun, oleh kerana saya difahamkan dan saya mengesahkan semalam dengan kedua-dua belah pihak telahpun bersetuju atas keempat-empat nama ini, maka saya kira perbahasan tidak perlu diadakan,” katanya. – UTUSAN
The post Ram Karpal, Takiyuddin antara anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is accelerating
- Current hour is 2.2 standard deviations above this event's own baseline
- 5 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (7 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
- LanguageFirst English coverage (Free Malaysia Today) source
- NewsFirst news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
- NewsFirst news outlet reports it (Berita Harian) source
- StateRising
3 sources, growth +400%, z 0.0
- StateAccelerating
growth +400% with positive acceleration
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia12:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (7)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.