
Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli menyelar pihak yang berterusan membuat tuduhan tidak berasas mengenai beliau berhubung isu penyebaran unsur New Age Movement (NAM).Menurut beliau, sebarang perkara berbangkit atau tuduhan perlu disemak untuk mengetahui kebenaran bagi memberi keadilan."Saya berada di Parlimen Tan Sri sampai malam semalam (Selasa)! Tapi tiada usaha daripada pihak (Ahli Parlimen) Pokok Sena untuk berjumpa saya sendiri dan bertanya tentang isu ini."Dan saya rasa tidak adil untuk hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah (Sinar Harian, 11:25)
Read the reporting
3 reports
'Sangat tak adil hukum saya berdasar cerita sebelah pihak' - Marhamah enggan ulas isu NAM, tuntut amalkan prinsip tabayyun
nooratiqah.sulaiman@bh.com.my
Kuala Lumpur: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli enggan mengulas isu New Age Movement (NAM) yang dibangkitkan Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau sebaliknya mengingatkan semua pihak supaya menyemak kesahihan sesuatu perkara sebelum membuat penghakiman.
Sebelum menjawab soalan yang dikemukakan itu, Marhamah turut dinasihatkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang beliau mempunyai pilihan untuk tidak menjawab soalan berkenaan.
"Saya nak nasihatkan Timbalan Menteri, ada pilihan. Jawab bertulis atau tak jawab pada soalan kedua kerana ia jauh menyimpang daripada soalan pertama. Namun, terpulang kepada Timbalan Menteri," katanya ketika sesi pertanyaan lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.
Marhamah kemudiannya memaklumkan beliau enggan menjawab soalan berkenaan tetapi menyifatkan tindakan menghukum seseorang berdasarkan cerita sebelah pihak adalah tidak adil sekali gus menggesa pihak berkaitan untuk mengamalkan prinsip tabayyun.
"Berkaitan dengan soalan kedua, saya yakin Yang Berhormat Pokok Sena tahu peraturan dalam Dewan (Rakyat) dan saya tidak akan menjawab soalan ini, tetapi saya ingin mengingatkan semua termasuk YB Pokok Sena dan semua yang berada di sini termasuk diri saya sendiri.
"Sebelum kita menghakimi ataupun mempercayai cerita-cerita di luar, apa kata kita ingat pesan surah al-Hujurat untuk kita bertabayyun, untuk kita selidik dan semak.
"Semalam, saya berada di Parlimen sampai malam, tapi tidak ada pun usaha daripada pihak sana untuk berjumpa saya sendiri dan bertanya mengenai isu ini.
"Sangat tidak adil untuk hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak. Jadi saya ingin mengajak ayuh kita bertabayyun, semoga perjuangan Islam kita bukan hanya sekadar lantang bersuara tetapi kita menghidupkan akhlak dalam perjuangan kita," katanya.
Sebelum ini, seorang pengguna Facebook berkongsi mengenai program yang dikaitkan dengan Marhamah yang didakwa berunsur NAM dan perkongsian itu mendapat perhatian warganet di media sosial.
Pada 18 September lalu media melaporkan, Marhamah memberi tempoh 24 jam kepada pihak yang menerbitkan atau menyebarkan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyebaran amalan perdukunan, sihir, azimat serta ajaran New Age.
Menerusi kenyataan, Marhamah menafikan segala tohmahan yang dibuat ke atasnya selain menuntut pihak terbabit menarik balik penerbitan berkenaan, menghentikan penyebaran serta membuat permohonan maaf dan pembetulan secara terbuka dalam tempoh berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
- 3 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian11:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Harian Metro, Sinar Harian, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (6)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.