
Pendaki Malaysia yang disahkan selamat, hubungi keluarga 9 hari selepas banjir di Nepal
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
GEORGETOWN: Seorang rakyat Malaysia yang disahkan selamat daripada tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal pada 26 Ogos lalu sudah menghubungi keluarganya sembilan hari selepas kejadian berlaku. (Berita Harian, 21:40)
Read the reporting
1 report
Pendaki Malaysia yang disahkan selamat, hubungi keluarga 9 hari selepas banjir di Nepal
GEORGETOWN: Seorang rakyat Malaysia yang disahkan selamat daripada tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal pada 26 Ogos lalu sudah menghubungi keluarganya sembilan hari selepas kejadian berlaku.
Perkara itu dimaklumkan lelaki itu yang hanya mahu dikenali Low dalam pertemuannya dengan jurucakap Malaysia Solidarity Families in Hope (MASFIH), Dr Manivannan Rethinam, hari ini.
Manivannan berkata, penjelasan mengenai garis masa kejadian itu dibuat Low dalam pertemuan kira-kira lima jam hari ini.
Beliau yang juga waris kepada rakyat Malaysia yang masih hilang, Komathi Rethinam, berkata Low menghubungi keluarganya pada 3 September selepas tiba di Tipling, lokasi yang mempunyai bekalan elektrik dan akses internet.
Beliau memaklumkan kepada keluarganya bahawa dirinya selamat dan sedang menuju Kathmandu.
Low dilaporkan selamat pada 1 Oktober selepas tampil di Kedutaan Malaysia di Kathmandu.
Beliau menaiki penerbangan pulang pada hari sama dan tiba di Malaysia pada 2 Oktober.
Manivannan berkata, tempoh 37 hari itu merujuk jangka masa antara bencana pada 26 Ogos dan pengesahan Low selamat, bukannya tempoh beliau terputus hubungan dengan keluarganya.
Menurutnya, Low memaklumkan beliau tiba di Kathmandu pada 11 September sebelum memulakan ekspedisi pendakian kedua ke arah Lembah Langtang pada 13 September.
Beliau terkandas di sebuah rumah tumpangan di kawasan Gosaikunda selama tiga hari akibat ribut salji, sebelum membatalkan pendakian itu dan kembali ke Kathmandu pada 29 September.
Manivannan menegaskan, kepulangan Low dengan selamat tidak seharusnya mengalihkan perhatian daripada nasib 54 rakyat Malaysia yang masih belum diketahui keberadaan mereka.
Berdasarkan komunikasi terakhir dan lokasi terakhir yang dilaporkan, rakyat Malaysia yang hilang itu berada di atau berhampiran kawasan terjejas banjir di sepanjang sempadan Rasuwagadhi-Kerung, Timure dan Syabrubesi, serta koridor hilir sungai Bhote Koshi-Trishuli.
Operasi mencari dan menyelamat di Nepal berakhir pada 30 September lalu.
Bagaimanapun, Manivannan menggesa pihak berkuasa Malaysia, Nepal dan China meneruskan usaha mencari, menemukan serta mengenal pasti mangsa, mempercepatkan proses pemadanan DNA dan memberikan perkembangan terkini secara berkala serta telus kepada keluarga terjejas.
Beliau turut mempersoalkan sama ada pihak berkuasa dimaklumkan dengan segera selepas Low menghubungi keluarganya, selain meminta penjelasan berhubung pengambilan sampel DNA yang dilakukan selepas itu, berdasarkan maklumat yang disampaikan Low kepadanya.
Manivannan juga meminta penjelasan mengenai perubahan undang-undang di Nepal yang dilaporkan berkaitan tempoh menunggu sebelum seseorang yang hilang dalam kejadian bencana boleh diisytiharkan meninggal dunia.
Beliau berkata, MASFIH dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Bank Negara Malaysia esok bagi membincangkan bantuan kewangan untuk keluarga yang terjejas.
Persatuan itu turut memperbaharui permohonan untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Peguam Negara dan Perdana Menteri.
"Setiap keluarga berhak mendapat jawapan. Setiap individu yang hilang berhak diketahui nasibnya," katanya sambil menggesa pihak berkuasa meneruskan usaha sehingga nasib semua rakyat Malaysia yang hilang dapat dipastikan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.