
Pendaratan tuna negara hampiri RM1 bilion
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BUTTERWORTH: Industri tuna negara terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila jumlah pendaratan tuna tahun lalu mencecah 97,240 tan, membabitkan anggaran nilai RM980 juta. (Berita Harian, 14:44)
Read the reporting
2 reports
Pendaratan tuna negara hampiri RM1 bilion
BUTTERWORTH: Industri tuna negara terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila jumlah pendaratan tuna tahun lalu mencecah 97,240 tan, membabitkan anggaran nilai RM980 juta.
Pengarah Kanan Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, Jabatan Perikanan, Ruzaidi Mamat, berkata pencapaian itu membuktikan industri tuna menjadi antara sektor perikanan bernilai tinggi yang diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan pengeluaran ikan negara.
Beliau berkata, berdasarkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021-2030, negara menyasarkan pendaratan 150,000 tan tuna menjelang 2030.
"Bagi menyokong sasaran itu, 70 vesel penangkapan ikan tuna Zon C3 disasarkan untuk dilesenkan beroperasi di Lautan Hindi menjelang 2030," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Vesel Pengangkut (Carrier Vessel) Kha Yang 666 milik Kha Yang Marine Sdn Bhd di Pelabuhan Dermaga Air Dalam, di sini, hari ini.
Ruzaidi berkata, pelancaran vesel pengangkut tuna itu mencerminkan perkembangan positif industri berkenaan, selain memperkukuh keupayaan logistik sektor perikanan tuna negara di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata vesel sepanjang 84.36 meter itu mempunyai kapasiti muatan sehingga 1,700 tan tuna bagi aktiviti pindah kapal di Lautan Hindi, dalam kawasan bidang kuasa Suruhanjaya Tuna Lautan Hindi (IOTC).
Katanya, Kha Yang Marine Sdn Bhd, yang mula terbabit dalam industri tuna pada 2010, kini memiliki 14 vesel penangkapan tuna dan dua vesel pengangkut tuna Zon C3 daripada keseluruhan 36 vesel tuna Zon C3 yang dilesenkan di negara ini.
"Pada tahun ini, syarikat turut mencipta sejarah apabila memperoleh pensijilan Marine Stewardship Council (MSC) menerusi operasi Kha Yang Marine Indian Ocean Longline Albacore Tuna.
"Pensijilan itu yang pertama seumpamanya diterima pengusaha vesel penangkapan ikan tuna Malaysia, membabitkan 12 vesel penangkapan tuna Zon C3 berbendera Malaysia," katanya.
Ruzaidi berkata, pertambahan vesel pengangkut tuna dijangka memperkukuh kedudukan industri tuna Malaysia di peringkat antarabangsa, meningkatkan keyakinan pasaran terhadap hasil perikanan negara serta mempertingkat daya saing industri tanpa menjejaskan kelestarian sumber dan ekosistem marin.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:44
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.