Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok50Muzik menyatukan kita - Nidji46Tuanku Muhriz invited to Conference of Rulers meeting, says report42Perkhidmatan Tabung Haji kembali pulih selepas serangan siber, simpanan pendeposit dijamin selamat42Batik Air batal penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah41World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport40General : Missing Malaysians In Nepal: Families Seek Financial Relief Framework39Jalan Kuching fatal crash: Driver tracked to Damansara hospital37‘We send oxygen when there’s no smoke’: Indonesian official brushes off haze criticism in Malaysia, Singapore37Khidmat tren KLIA Ekspres alami gangguan, kabel terputus37General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am37Belanjawan 2027 bukti tiada hasrat swastakan KTMB – Loke
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pendedahan media senjata perangi penyeludupan migran - Penganalisis

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 15:04 MYTLatest activity 12 Oct, 15:04BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM – Laporan media berasaskan fakta, pendedahan modus operandi sindiket dan penerangan mengenai saluran aduan merupakan antara peranan penting media dalam membantu membanteras penyeludupan migran dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).Penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, peranan media itu merupakan sebahagian daripada pendekatan Whole of Nation yang menuntut kerjasama seluruh lapisan masyarakat, bukan hanya bergantung kepada kerajaan dan agensi penguat kuasa.Menurutnya, media bukan sekadar melaporkan kejadian, malah berperanan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai (Sinar Harian, 15:04)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·3 min read

Pendedahan media senjata perangi penyeludupan migran - Penganalisis

By MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI · 12 Oct, 15:04 MYT

SHAH ALAM – Laporan media berasaskan fakta, pendedahan modus operandi sindiket dan penerangan mengenai saluran aduan merupakan antara peranan penting media dalam membantu membanteras penyeludupan migran dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).Penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, peranan media itu merupakan sebahagian daripada pendekatan Whole of Nation yang menuntut kerjasama seluruh lapisan masyarakat, bukan hanya bergantung kepada kerajaan dan agensi penguat kuasa.Menurutnya, media bukan sekadar melaporkan kejadian, malah berperanan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai taktik sindiket, risiko penyeludupan migran serta kepentingan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa."Laporan media yang berasaskan fakta, pendedahan modus operandi sindiket dan penerangan mengenai saluran aduan boleh membantu masyarakat memahami ancaman berkenaan, selain menggalakkan mereka menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa."Media bukan sekadar melaporkan kejadian, tetapi turut membantu mendidik masyarakat supaya lebih peka, memahami tanggungjawab masing-masing dan tidak menjadi sebahagian daripada rantaian kegiatan itu," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Zaki berkata, pendekatan Whole of Nation penting kerana kegiatan penyeludupan migran melibatkan rangkaian yang kompleks, termasuk ejen, pengangkutan, lokasi transit dan pihak yang menyediakan tempat perlindungan kepada migran sebelum mereka dibawa ke destinasi ditetapkan.Katanya, pendedahan mengenai taktik sindiket melalui laporan media dapat membantu masyarakat mengenal pasti kegiatan mencurigakan, sekali gus memahami bahawa usaha membanteras jenayah berkenaan memerlukan penglibatan semua pihak.Laporan eksklusif Sinar Harian pada Isnin melaporkan sindiket penyeludupan migran semakin licik mengubah strategi dengan menggunakan laluan transit berlapis, dokumen imigresen palsu serta pengangkutan merentas sempadan bagi mengaburi pihak berkuasa.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban menjelaskan bahawa sindiket menggunakan beberapa negara sebagai lokasi transit sebelum migran dibawa masuk ke Malaysia melalui laluan darat atau perairan.Laporan berkenaan turut mendedahkan penggunaan rumah selamat, pengangkutan dan rangkaian ejen bagi menyembunyikan pergerakan migran daripada dikesan pihak berkuasa.Dalam pada itu, Zaki berkata, masyarakat yang tinggal di kawasan berisiko seperti pesisir pantai, sempadan negara dan kawasan perumahan bandar juga boleh membantu dengan menyalurkan maklumat sekiranya mengesan aktiviti mencurigakan."Maklumat mengenai pergerakan bot pada waktu malam, penempatan warga asing yang mencurigakan atau kegiatan pengangkutan migran secara berkelompok boleh membantu pihak berkuasa mengenal pasti rangkaian sindiket lebih awal."Rakyat perlu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa, jika terdapat aktiviti mencurigakan, salurkan maklumat melalui saluran rasmi dan jangan mengambil tindakan sendiri yang boleh membahayakan keselamatan," katanya.Beliau berkata, pendekatan Whole of Nation turut melibatkan sektor swasta dan majikan, khususnya dalam memastikan pengambilan pekerja asing dilakukan mengikut saluran sah serta tidak membuka ruang kepada sindiket mengambil kesempatan terhadap permintaan tenaga kerja."Pengambilan pekerja tanpa dokumentasi sah dan penggunaan ejen tidak berlesen boleh meningkatkan risiko eksploitasi pekerja migran, termasuk pemerdagangan orang dan buruh paksa."Jika majikan hanya mengambil pekerja melalui saluran yang sah dan memastikan dokumen mereka lengkap, ruang untuk sindiket mengeksploitasi migran dapat dikurangkan," katanya.Tambahnya, kerjasama antara agensi penguat kuasa juga perlu dipertingkatkan melalui perkongsian maklumat dan operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan penyeludupan migran dari peringkat kemasukan sehingga kepada rangkaian pengangkutan dan penempatan."Tindakan penguatkuasaan tidak seharusnya tertumpu kepada migran semata-mata, sebaliknya turut merangkumi individu yang membantu atau bersekongkol dengan sindiket, termasuk pihak yang menyalahgunakan kedudukan untuk membocorkan maklumat operasi."Jika ada pihak dalam rantaian penguatkuasaan yang melindungi sindiket, perkara itu juga perlu disiasat dan diambil tindakan. Integriti penguatkuasaan penting bagi memastikan operasi yang dijalankan benar-benar berkesan," katanya.Ujarnya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan kebajikan juga mempunyai peranan dalam membantu mengenal pasti serta melindungi mangsa pemerdagangan orang yang mungkin diperdaya sindiket melalui tawaran pekerjaan atau laluan migrasi tidak sah."Pendekatan Whole of Nation perlu dilaksanakan secara menyeluruh dengan menggabungkan penguatkuasaan, kesedaran masyarakat, tanggungjawab majikan dan penyebaran maklumat yang tepat."Kerjasama sedemikian penting bagi memastikan usaha membanteras penyeludupan migran bukan sahaja tertumpu kepada tindakan selepas jenayah berlaku, malah membantu masyarakat mengenal pasti risiko dan menyalurkan maklumat lebih awal kepada pihak berkuasa," katanya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow16:0017:00
Latest 17:47 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
12 Oct, 15:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    15:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pendedahan media senjata perangi penyeludupan migran - Penganalisis · Malaysian Attention Engine