
Penggiat teater mohon insentif, perluas pengecualian cukai tiket
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Penggiat teater mohon insentif, perluas pengecualian cukai tiket (Harian Metro, 04:29)
Read the reporting
1 report
Penggiat teater mohon insentif, perluas pengecualian cukai tiket
norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Cabang industri hiburan yang pelbagai membuatkan kedatangan Belanjawan Negara setiap tahun mendorong persatuan penggiat seni mengharapkan ada insentif terbaik disediakan oleh kerajaan.
Selain persatuan muzik, pengarah filem, pekerja industri, pelakon, semestinya tidak dilupakan penggiat teater yang berhasrat agar cabang seni itu turut mendapat perhatian untuk insentif disediakan.
Pengerusi Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah), Amirul Haswendy Ashari berkata, penggiat seni teater juga berharap agar ada insentif memberangsangkan daripada kerajaan buat mereka pada tahun depan.
"Harapan kami agar insentif geran-geran seperti Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK), Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP), Insentif Seni Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), MyCreative Ventures dapat disalurkan lebih adil buat penggiat teater.
"Terutama di segi 'allocation' (peruntukan), nilai dan skala pementasan, selain diberikan juga pengecualian atau pemotongan cukai kepada penonton yang membeli tiket menonton teater.
"Diharapkan juga semoga dapat diperluaskan skop pengecualian atau pemotongan cukai untuk tempat acara kerana difahamkan setakat ini hanya Istana Budaya (IB) dan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) sahaja yang ada kelebihan itu.
"Selain itu, agar dapat diwujudkan juga bantuan dana khas untuk penerbitan teater berunsurkan bangsawan dan kenegaraan bagi memupuk kefahaman terhadap seni budaya, persembahan tradisional serta warisan bangsa dan tanah air," katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan dana-dana bantuan utama yang bersesuaian untuk penggiat teater itu diselia oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memartabatkan industri kebudayaan, kesenian dan pelancongan Malaysia.
The Redholah yang kini baru memasuki tahun keempat penubuhan, dimaklumkan Amirul merancang giat membuat persembahan untuk mementaskan lebih banyak teater dengan tema kenegaraan pada 2027 nanti.
Sebelum ini The Redholah pernah menerbitkan Teater Bangsawan Dang Anum, Dang Anum (The Untold Story), Cinta Ahmad Mutawakkil, termasuk perancangan Teater Dendam Laksamana – Demi Takhta dan Kuasa, Teater Gelanggang Tok Wali dan satu naskhah teater kanak-Kanak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat esok, sekali gus ditunggu-tunggu semua rakyat Malaysia.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro04:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.