
Pengguna rajin kemas kini telefon, jarang tukar kata laluan - Tinjauan Kaspersky
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Pengguna telefon pintar didapati lebih aktif mengemas kini peranti berbanding pengguna komputer peribadi (PC), namun ramai masih mengabaikan amalan keselamatan asas bagi melindungi maklumat peribadi dan kewangan. (Berita Harian, 12:08)
Read the reporting
1 report
Pengguna rajin kemas kini telefon, jarang tukar kata laluan - Tinjauan Kaspersky
KUALA LUMPUR: Pengguna telefon pintar didapati lebih aktif mengemas kini peranti berbanding pengguna komputer peribadi (PC), namun ramai masih mengabaikan amalan keselamatan asas bagi melindungi maklumat peribadi dan kewangan.
Tinjauan Kaspersky mendapati 77 peratus pengguna telefon pintar kerap mengemas kini sistem operasi dan aplikasi, berbanding hanya 53 peratus pengguna PC.
Kajian oleh pusat penyelidikan pasaran Kaspersky itu dijalankan pada Mac 2026, membabitkan 7,200 responden dari 18 negara termasuk Malaysia.
Walaupun kadar kemas kini peranti agak tinggi, amalan keselamatan lain masih rendah dalam kalangan kedua-dua kumpulan pengguna.
Hanya 33 peratus pengguna telefon pintar dan 31 peratus pengguna PC kerap menukar kata laluan.
Kadar membuat sandaran data penting pula masing-masing hanya 29 peratus bagi pengguna telefon pintar dan 28 peratus bagi pengguna PC.
Lebih membimbangkan, cuma 20 peratus pengguna telefon pintar kerap menyemak atau mengemas kini kebenaran aplikasi dan tetapan privasi. Dalam kalangan pengguna PC, kadarnya lebih rendah pada 16 peratus.
Kaspersky menyifatkan keadaan itu sebagai trend membimbangkan kerana amalan berkenaan antara langkah paling berkesan untuk melindungi maklumat peribadi dan kewangan.
Naib Presiden Perniagaan Pengguna Kaspersky, Marina Titova, berkata setiap peranti menyimpan jumlah maklumat sensitif yang semakin bertambah.
"Setiap peranti yang kita gunakan, sama ada telefon atau PC, menyimpan semakin banyak maklumat peribadi dan kewangan. Foto, mesej, butiran bank, dokumen kerja dan kata laluan mempunyai nilai serta menjadi sasaran penjenayah siber," katanya.
Tinjauan sama menunjukkan 73 peratus pemilik telefon pintar memadam aplikasi yang jarang digunakan, berbanding hanya 47 peratus pengguna PC.
Menurut Kaspersky, ruang penyimpanan telefon yang terhad mungkin mendorong pengguna memadam aplikasi dengan lebih kerap.
Bagaimanapun, syarikat keselamatan siber itu mengingatkan bahawa memadam perisian lama atau tidak lagi diperlukan pada PC juga penting untuk menjaga prestasi dan keselamatan peranti.
Aplikasi yang terkumpul boleh memperlahankan prestasi PC. Sesetengah aplikasi juga mungkin menyimpan data peribadi, maklumat kewangan dan sejarah penggunaan yang berpotensi dieksploitasi penjenayah siber.
Dari segi pengurusan kandungan, 72 peratus pengguna telefon pintar kerap mengurus atau memadam foto dan video, berbanding 49 peratus pengguna PC.
Pengguna PC pula lebih teratur dalam mengurus fail dan e-mel menggunakan folder atau kaedah penamaan, dengan kadar 57 peratus berbanding 46 peratus bagi pengguna telefon pintar.
Kaspersky mengaitkan perbezaan tabiat berkenaan dengan cara setiap peranti digunakan.
Telefon pintar digunakan terutamanya untuk mengambil gambar, merakam video, berkomunikasi, menonton kandungan dan mengakses internet dengan pantas.
Bagi 58 peratus responden, telefon pintar menjadi peranti utama untuk mengakses internet, sekali gus mendorong mereka melakukan lebih banyak langkah penyelenggaraan digital.
PC pula kekal penting untuk urusan kerja, pengendalian fail dan penggunaan program.
Dalam kalangan responden berusia 61 tahun ke atas, 58 peratus masih menjadikan PC sebagai pilihan utama untuk mengakses internet.
Kaspersky menegaskan amalan kebersihan digital sama penting pada kedua-dua jenis peranti dan pengguna perlu memberikan perhatian seimbang kepada penyelenggaraan telefon pintar serta PC.
"Pengabaian kebersihan digital asas seperti membuang akaun yang tidak digunakan, membuat sandaran data atau mengurus tetapan privasi boleh menyebabkan maklumat berkenaan terdedah," kata Marina.
Kaspersky menyarankan pengguna menetapkan peringatan bulanan atau suku tahunan untuk menyemak peranti dan akaun mereka.
Pengguna juga disaran memadam akaun lama serta kaedah pembayaran yang tidak lagi digunakan, selain menyimpan maklumat log masuk dan data kewangan dalam pengurus kata laluan.
Sandaran automatik perlu diaktifkan apabila tersedia. Salinan data boleh disimpan dalam pemacu boleh alih atau storan awan dalam format yang disulitkan.
Pengguna turut disaran memasang perisian keselamatan menyeluruh bagi melindungi peranti daripada jangkitan perisian hasad dan mengurangkan risiko kebocoran data.
Mereka juga digalakkan meningkatkan pengetahuan mengenai perkembangan teknologi dan ancaman terkini supaya lebih bersedia menghadapi risiko keselamatan siber.
Dapatan yang diumumkan ialah angka keseluruhan bagi tinjauan di 18 negara. Siaran media berkenaan tidak menyediakan pecahan khusus mengenai tabiat responden di Malaysia.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:08
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.