
Pengurusan kes saman pemula 10 ADUN Negeri Sembilan cabar pemecatan Exco, esok
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SEREMBAN – Pengurusan kes saman pemula membabitkan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan yang mencabar pembatalan pelantikan mereka sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 24 September lalu, akan berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.Prosiding berkenaan dijadualkan berlangsung pada jam 4.30 petang menerusi sidang video di hadapan Hakim Roz Mawar Rozain di Mahkamah Tinggi Seremban.Saman pemula itu difailkan pada 5 Oktober lalu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan sebaga (Sinar Harian, 16:03)
Read the reporting
1 reportPengurusan kes saman pemula 10 ADUN Negeri Sembilan cabar pemecatan Exco, esok
SEREMBAN – Pengurusan kes saman pemula membabitkan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan yang mencabar pembatalan pelantikan mereka sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 24 September lalu, akan berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.Prosiding berkenaan dijadualkan berlangsung pada jam 4.30 petang menerusi sidang video di hadapan Hakim Roz Mawar Rozain di Mahkamah Tinggi Seremban.Saman pemula itu difailkan pada 5 Oktober lalu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai responden.Kesemua pemohon memohon deklarasi bahawa pembatalan pelantikan sebagai Exco yang diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Sembilan N.S. P.U. 18 bertarikh 24 September 2026 adalah batal, tidak sah dan tidak berkuat kuasa kerana didakwa tidak mendapat nasihat Menteri Besar.Sepuluh pemohon terbabit ialah Datuk Mohd Faizal Ramli (ADUN Linggi), Datuk Zaifulbahri Idrisi (ADUN Chembong), Datuk Mustapha Nagoor (ADUN Palong), Siow Kong Choon (ADUN Chennah) dan Siti Nur Umaira Hasim (ADUN Labu).Selain itu, Datuk Mohd Asna Amin(ADUN Lenggeng), Datuk Mohd Razi Mohd Ali (ADUN Sungai Lui) Suhaimizan Bizar (ADUN Gemencheh), Mohd Fairuz Mohd Isa (ADUN Serting) dan Datuk Razali Abu Samah (ADUN Sikamat).Antara persoalan utama yang dibangkitkan ialah sama ada pelantikan Exco, selain Menteri Besar, boleh dibatalkan melalui penarikan balik perkenan Yang di-Pertuan Besar secara bersendirian tanpa nasihat Menteri Besar.Mereka turut memohon deklarasi bahawa Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959) perlu dibaca bersama peruntukan lain yang berkaitan bagi menentukan tatacara pembatalan pelantikan anggota Exco.Permohonan itu antara lain bertujuan mendapatkan penentuan mahkamah berhubung tafsiran peruntukan perlembagaan negeri berkaitan kuasa serta tatacara pembatalan pelantikan anggota Exco.Bagaimanapun, deklarasi berkenaan masih merupakan tuntutan pemohon dan mahkamah belum membuat keputusan mengenai merit permohonan itu berdasarkan maklumat yang diberikan.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian16:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.