
Peperiksaan STAM 2026 bermula esok babit 4,291 calon di seluruh negara
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Peperiksaan STAM 2026 bermula esok babit 4,291 calon di seluruh negara (Harian Metro, 13:58)
Read the reporting
1 report
Peperiksaan STAM 2026 bermula esok babit 4,291 calon di seluruh negara
asyikin.mat@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2026 akan dilaksanakan pada 12 Oktober hingga 2 November ini.
Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini, memaklumkan seramai 4,291 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2026 di 131 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Menurut kenyataan itu, seramai 904 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.
"LP ingin mengingatkan semua calon peperiksaan STAM untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat berkenaan tarikh, waktu, kod kertas, kertas peperiksaan dan arahan yang perlu dipatuhi ketika peperiksaan berlangsung.
"Jadual waktu peperiksaan STAM Tahun 2026 boleh dimuat turun dari portal rasmi LP melalui pautan lp.moe.gov.my," katanya.
Kenyataan itu berkata, calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan pernyataan pendaftaran peperiksaan ke pusat peperiksaan.
"Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan STAM.
"LP cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana juga penularan penyakit berjangkit 'influenza-like illness' (ILI) sepanjang peperiksaan STAM berlangsung," katanya.
Kata kenyataan itu lagi, calon dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dengan segera sekiranya terbabit dan terkesan dengan bencana.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.