Malaysian Attention Engine
Live wire
4940 rumah, 2 jambatan gantung dihanyutkan banjir kilat di Nepal49Pelajar Tingkatan Dua maut disambar petir ketika memancing47General : Malaysia To Raise Haze Issue At ASEAN Foreign Ministers' Meeting – Mohamad411MDB reaches settlement with Deutsche Bank in US$1.1bil suit35Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara35Pemandu lori rempuh 11 kenderaan didakwa esok35Tiga kereta, tiga motosikal tertimbus dalam tanah runtuh di Kajang34Sivasangari tempah tiket suku akhir Terbuka Mesir34General : Jep Sepahtu Praised For Disclosing RM1.935 Mln In Zakat Payments Over A Decade34World : Over 100 Foreign Trekkers Stranded As Flash Floods Hit Nepal's Manaslu Region34Pelajar maut, rakan cedera motosikal rempuh lori33General : ANGKASA Wants All Cooperatives To Fulfill Qualification Process To Become MyKasih Business Partners
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

‘Perasan ada bengkak sebelah tubuh’ – Anak alami angin pasang

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 18:15 MYTLatest activity 12 Oct, 18:15BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Penyanyi Wany Hasrita mendedahkan anak perempuannya, Aishah Al Iman, disahkan mengalami hernia inguinal atau lebih dikenali sebagai angin pasang, sekali gus mengingatkan ibu bapa agar lebih peka terhadap sebarang perubahan fizikal pada anak. (Kosmo!, 18:15)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·1 min read

‘Perasan ada bengkak sebelah tubuh’ – Anak alami angin pasang

By MUHAMMAD HAIKAL RAMLI · 12 Oct, 18:15 MYT

PETALING JAYA – Penyanyi Wany Hasrita mendedahkan anak perempuannya, Aishah Al Iman, disahkan mengalami hernia inguinal atau lebih dikenali sebagai angin pasang, sekali gus mengingatkan ibu bapa agar lebih peka terhadap sebarang perubahan fizikal pada anak.

Ujar Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, dia pada awalnya menyedari terdapat bengkak pada salah satu bahagian tubuh anaknya sebelum membawa si kecil itu menjalani pemeriksaan lanjut.

“My strong girl! Sebenarnya Aishah mengalami hernia inguinal. Minggu lalu, saya perasan ada bengkak pada sebelah bahagian tubuhnya. Sebelum ini, keadaan itu tidak pernah berlaku.

“Selepas dibawa menjalani pemeriksaan imbasan, barulah saya tahu itulah masalahnya. Hernia inguinal juga boleh berlaku kepada kanak-kanak perempuan. Jadi, ibu bapa perlu memeriksa anak masing-masing, khususnya di sekitar kawasan kelangkang dan ari-ari.

“Kadangkala kita tidak perasan kerana kawasan tersebut mempunyai tisu lemak, menyebabkan benjolan kelihatan kurang ketara,” kongsinya dalam TikTok.

Tambah pelantun lagu Menahan Rindu itu, dia terpanggil untuk berkongsi pengalaman berkenaan supaya ibu bapa lain tidak terlepas pandang tanda-tanda awal masalah kesihatan tersebut.

“Wany berkongsi perkara ini untuk meningkatkan kesedaran kerana saya sendiri tidak menyangka keadaan sebegini boleh berlaku kepada anak perempuan.

“Sekiranya nampak benjolan atau bengkak luar biasa pada tubuh anak, tolong bawa mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan,” ujarnya.

Perkongsian Wany itu mengundang pelbagai reaksi netizen, khususnya dalam kalangan ibu bapa, selain mencetuskan perbincangan mengenai kepentingan mengenali tanda-tanda awal masalah kesihatan kanak-kanak.

Malah, terdapat juga pengguna media sosial berkongsi pengalaman berdepan keadaan serupa, sekali gus mengingatkan orang ramai supaya tidak memandang ringan perubahan fizikal luar biasa pada anak.

Untuk rekod, hernia inguinal atau angin pasang berlaku apabila tisu lemak atau sebahagian usus menonjol melalui kawasan lemah pada dinding otot perut di sekitar lipatan paha. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Perasan ada bengkak sebelah tubuh’ – Anak alami angin pasang appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow19:0020:0021:0022:00
Latest 22:34 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
12 Oct, 18:15 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    18:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

‘Perasan ada bengkak sebelah tubuh’ – Anak alami angin pasang · Malaysian Attention Engine