
Perdagangan Malaysia-Switzerland cecah RM13.4 bilion
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA – Perdagangan dua hala Malaysia dan Switzerland mencatatkan nilai RM13.4 bilion pada tahun lalu, meningkat 9.8 peratus berbanding tempoh sebelumnya. (Kosmo!, 15:20)
Read the reporting
2 reports
Perdagangan Malaysia-Switzerland cecah RM13.4 bilion
PETALING JAYA – Perdagangan dua hala Malaysia dan Switzerland mencatatkan nilai RM13.4 bilion pada tahun lalu, meningkat 9.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, hubungan ekonomi kedua-dua negara terus berkembang, sekali gus membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor pembuatan termaju, kejuruteraan berketepatan tinggi dan teknologi perubatan.
Beliau berkata, setakat Jun lalu, sebanyak 211 projek pembuatan dengan penyertaan Switzerland telah dilaksanakan di Malaysia, melibatkan pelaburan bernilai RM12.8 bilion dan mewujudkan 19,744 peluang pekerjaan.
“Malaysia mengalu-alukan lebih banyak pelaburan berkualiti dari Switzerland bagi memperkukuh keupayaan industri tempatan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Johari menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Ekonomi Switzerland, Helene Budliger Artieda, hari ini.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia–EFTA (MEEPA) serta usaha memperkukuh kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara.
“Saya menekankan kepentingan pelaksanaan MEEPA bagi meluaskan akses pasaran dan membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan kedua-dua negara.
“Saya juga menegaskan komitmen Malaysia terhadap pembangunan industri dan perdagangan yang mampan,” katanya. -KOSMO!ONLINE
The post Perdagangan Malaysia-Switzerland cecah RM13.4 bilion appeared first on Kosmo Online .
Why it is rising
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!15:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.