Malaysian Attention Engine
Live wire
62Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok58Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara57Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar44General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am44General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times4212-vehicle-crash: Lorry driver tests positive for amphetamine, syabu41Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m41Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202740Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori39General : Budget 2027: RM22 Bln For KDN Reflects Govt's Commitment To Peace – Saifuddin Nasution3914 individu termasuk remaja bawah umur direman berkaitan kes bunuh seorang lelaki
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Perenang Afrika Selatan catat rekod dunia di Tashkent

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 09:10 MYTLatest activity 10 Oct, 09:10BMconfidence 60%

What happened

Tashkent: Perenang Afrika Selatan, Pieter Coetze mencipta rekod dunia baharu acara 50 meter (m) kuak lentang kolam pendek selepas mencatat masa 22.09 saat (s) pada saingan Piala Dunia Akuatik di Tashkent, Uzbekistan. (Harian Metro, 09:10)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Perenang Afrika Selatan catat rekod dunia di Tashkent

By Reuters · 10 Oct, 09:10 MYT

Tashkent: Perenang Afrika Selatan, Pieter Coetze mencipta rekod dunia baharu acara 50 meter (m) kuak lentang kolam pendek selepas mencatat masa 22.09 saat (s) pada saingan Piala Dunia Akuatik di Tashkent, Uzbekistan.

Catatan itu memadam rekod terdahulu 22.11s yang dilakukan perenang Russia, Kliment Kolesnikov di Kazan pada 2022.

Kolesnikov turut memegang rekod dunia acara 50m kuak lentang kolam panjang dengan catatan 23.55s.

Bagi Coetze, 22, kejayaan itu menjadi pencapaian pertama dalam kariernya sebagai pemegang rekod dunia, selepas dia hampir memecahkan rekod dunia acara 100m kuak lentang pada Sukan Komanwel di Glasgow, Julai lalu.

"Apabila melihat catatan masa itu di papan keputusan, saya langsung tidak menyedari ia rekod dunia.

"Kemudian, sesaat selepas itu, barulah saya terfikir bahawa rekod dunia ialah 22.1s. Sukar untuk menggambarkan perasaan itu dengan kata-kata. Memang luar biasa," kata Coetze.

Kolesnikov turut beraksi dalam perlumbaan pada Jumaat, namun sekadar menamatkan saingan di tempat keenam dengan catatan 22.88s.

Rakan senegaranya, Egor Kornev, pula menduduki tempat kedua dengan masa 22.29s selepas gagal mengatur sentuhan penamat dengan tepat.

Kornev sebelum ini menyamai rekod dunia kolam pendek acara 100m gaya bebas milik perenang Australia, Kyle Chalmers, iaitu 44.84s, ketika beraksi di Baku minggu lalu.

Mengulas kejayaan memecahkan rekod dunia, Coetze berkata pencapaian itu tidak mengubah pendekatannya terhadap perlumbaan.

"Saya tidak fikir ia mengubah banyak perkara. Mentaliti saya biasanya kekal sama tanpa mengira perlumbaan kerana pada tahap ini, semua perenang sentiasa bersaing rapat.

"Pemegang rekod dunia juga berada dalam perlumbaan itu. Lihatlah betapa rapatnya persaingan. Jadi, kita tidak boleh terlalu selesa," katanya.

Acara 50m kuak lentang bakal membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik pada edisi Los Angeles 2028.

Dalam perkembangan lain, Kornev sekali lagi menjuarai final 100m gaya bebas dengan catatan 45.24s, berkongsi masa sama dengan perenang Australia, Cameron McEvoy, walaupun berdepan kecederaan belakang.

McEvoy percaya pesaingnya itu mampu mencatat masa jauh lebih pantas dalam tempoh dua bulan akan datang.

"Saya fikir dia akan berenang dengan sangat pantas dalam tempoh dua bulan lagi.

"Bagi Egor, ini sekadar pemanas badan. Saya gembira kerana dapat bersaing dengannya dan menjadi pencabar yang baik buat masa ini, tetapi saya percaya dia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa dalam tempoh dua bulan lagi," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 09:28 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
10 Oct, 09:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    09:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.