
Perlindungan kanak-kanak perlu bermula sebelum tragedi berlaku
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Usaha melindungi kanak-kanak daripada penderaan, buli dan eksploitasi perlu diberi perhatian dan pencegahan yang lebih awal dan bukan selepas berlakunya tragedi. (Utusan Malaysia, 16:27)
Read the reporting
1 report
Perlindungan kanak-kanak perlu bermula sebelum tragedi berlaku
KUALA LUMPUR: Usaha melindungi kanak-kanak daripada penderaan, buli dan eksploitasi perlu diberi perhatian dan pencegahan yang lebih awal dan bukan selepas berlakunya tragedi.
Presiden Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia (CPSM), Datuk Seri Nazir Ariff berkata, masyarakat perlu mengubah pendekatan terhadap isu perlindungan kanak-kanak supaya tindakan tidak hanya diambil apabila sesuatu kes penderaan atau pembunuhan mendapat perhatian umum.
Menurutnya, isu berkenaan sering menjadi perbincangan hangat apabila berlaku kejadian serius, namun perhatian masyarakat semakin berkurangan selepas beberapa ketika.
“Jika berlaku kes penderaan atau pembunuhan, semua orang bercakap mengenai cara menyelesaikan masalah itu.
“Namun, apabila tiada kejadian, selepas seminggu semua orang melupakannya. Kita tidak mahu perkara sama berlaku dalam isu perlindungan kanak-kanak,” katanya ketika berucap pada Persidangan Kepimpinan Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan 2026 di sini, hari ini.
Menurut Nazir, walaupun pelbagai usaha perlindungan kanak-kanak dilaksanakan di seluruh negara sejak lebih tiga dekad lalu, kes penderaan, buli, eksploitasi dan pengabaian masih berlaku.
Katanya, lebih membimbangkan apabila terdapat kanak-kanak yang menjadi mangsa di tempat yang sepatutnya memberikan perlindungan dan rasa selamat kepada mereka.
“Perlindungan kanak-kanak tidak boleh hanya tertumpu kepada tindakan selepas berlakunya penderaan, tetapi mesti melibatkan usaha mencegahnya daripada berlaku,” katanya.
Beliau berkata, usaha tersebut memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk sektor pendidikan, penguatkuasaan undang-undang, kesihatan, kebajikan kanak-kanak, kerajaan dan komuniti.
“Tanggungjawab melindungi kanak-kanak tidak boleh diletakkan kepada satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kementerian, sekolah, polis atau keluarga semata-mata. Ianya tanggungjawab bersama,” katanya.
Sehubungan itu, Nazir berkata, CPSM menerusi inisiatif Safe Child, Strong Nation berusaha membina budaya yang membolehkan kanak-kanak memahami hak mereka, manakala golongan dewasa mengetahui tanggungjawab masing-masing.
Katanya, organisasi juga perlu mempunyai langkah perlindungan yang sewajarnya serta memastikan setiap pendedahan atau aduan daripada kanak-kanak didengar dan disusuli tindakan.
Mengulas mengenai persidangan, beliau berkata, program yang berlangsung selama dua hari ini akan disusuli dengan Child Protection Policy Lab bagi mengenal pasti kelemahan dan kesilapan dalam pendekatan sedia ada serta membincangkan penyelesaian praktikal.
Katanya, perbincangan itu diharap dapat menghasilkan cadangan yang mampu memperkukuh sistem perlindungan kanak-kanak di Malaysia, termasuk cadangan yang mungkin sukar diterima dari sudut politik.
“Jika perbincangan kita dapat menghasilkan sebuah sekolah yang lebih selamat, dasar yang lebih kukuh, orang dewasa yang lebih awal mengenal pasti tanda amaran atau seorang kanak-kanak menerima bantuan sebelum berlaku kemudaratan lebih serius, kita sudah mula membawa perubahan,” katanya. – UTUSAN
The post Perlindungan kanak-kanak perlu bermula sebelum tragedi berlaku appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia16:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.