
Perluas CSR korporat, sumbangan masyarakat demi sekolah selamat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PERUNTUKKAN RM15 juta oleh Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memperluas pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di 1,000 sekolah tahun depan menjadi langkah kritikal mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam usaha meningkatkan keselamatan warga sekolah, terutama ketika kebimbangan umum semakin meningkat ekoran kejadian buli, jenayah dan pelbagai salah laku generasi harapan negara. (Berita Harian, 08:07)
Read the reporting
1 report
Perluas CSR korporat, sumbangan masyarakat demi sekolah selamat
PERUNTUKKAN RM15 juta oleh Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memperluas pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di 1,000 sekolah tahun depan menjadi langkah kritikal mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam usaha meningkatkan keselamatan warga sekolah, terutama ketika kebimbangan umum semakin meningkat ekoran kejadian buli, jenayah dan pelbagai salah laku generasi harapan negara.
Bagaimanapun, keberkesanannya tidak diukur berdasarkan jumlah kamera dipasang semata-mata, sebaliknya sejauh mana teknologi benar-benar mampu mencegah kejadian berkenaan. Hakikatnya, membangunkan sistem CCTV seperti ditegaskan pakar yang disiarkan dalam Soal Jawab BH Ahad, semalam, bukan semudah membeli kamera melalui platform e-dagang dalam talian, kemudian memasangnya di koridor, tangga atau pintu pagar sekolah. Ia memerlukan ekosistem keselamatan menyeluruh bermula mengenal pasti kawasan berisiko, penyelenggaraan peralatan, pengurusan rakaman hingga menyediakan petugas memantau serta bertindak pantas apabila ancaman dikesan.
Justeru, usaha membina sekolah selamat mesti melangkaui pemasangan CCTV dengan memperkukuh peranan guru, kaunselor, pengawal keselamatan, sistem aduan, pendidikan sahsiah dan kerjasama komuniti. Pada masa sama, penggunaan teknologi perlu mengimbangi keperluan keselamatan dengan perlindungan privasi murid serta guru supaya rakaman tidak disalahgunakan atau menjadi ancaman baharu.
Namun, persoalan lebih besar adalah sampai bila segala tanggungjawab menyediakan persekitaran sekolah selamat mahu diletakkan sepenuhnya di bahu kerajaan? Dalam keadaan sumber kewangan negara perlu diagihkan kepada pelbagai keperluan pendidikan, kesihatan dan kebajikan, masyarakat tidak boleh sekadar mendesak kerajaan menyediakan segala kemudahan, kemudian berpeluk tubuh.
Kita perlu mengubah tanggapan keselamatan sekolah hanya urusan KPM, guru atau ibu bapa mempunyai anak sedang bersekolah kerana institusi pendidikan sebenarnya menjadi asas pembentukan generasi bakal menentukan kesejahteraan masyarakat serta masa depan negara. Justeru, memastikan sekolah selamat menjadi usaha bersama seluruh masyarakat, malah sebahagian tanggungjawab sosial setiap institusi dan organisasi. Dalam konteks ini, syarikat korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan alumni dan komuniti setempat perlu digembleng membantu sekolah melalui sumbangan kewangan, kepakaran teknologi, penyelenggaraan serta program keselamatan. Kerjasama ini boleh diperkukuh melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dirancang secara berterusan, bukan sekadar menyumbang beberapa unit kamera atau mengadakan majlis penyerahan untuk publisiti.
Malah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat setempat boleh berperanan sebagai penghubung antara sekolah dengan sektor swasta untuk mengenal pasti keperluan sebenar, terutama sekolah kekurangan kemudahan dan sumber. Pendekatan bersepadu ini bukan bermaksud kerajaan melepaskan tanggungjawab, sebaliknya memperluas perkongsian amanah supaya setiap pihak menyumbang mengikut kemampuan serta kepakaran masing-masing.
Realitinya, persekitaran dan ekosistem sekolah selamat bukan terhasil berdasarkan kuantiti kamera yang dipasang atau berapa besar peruntukan disediakan, sebaliknya ia terbangun melalui kesedaran, komitmen dan kerjasama seluruh masyarakat. Keselamatan generasi pewaris negara ialah pelaburan sosial yang manfaatnya dinikmati semua, justeru tanggungjawab menjaganya juga mesti dipikul bersama.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.