
Pernah berhabis RM1,500 dalam satu malam, Fadhli Masoot gemar kumpul pakaian ‘vintage’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Minat terhadap pakaian ‘vintage’ pernah membuatkan pelakon, Fadhli Masoot sanggup berbelanja sehingga mencecah RM1,500 dalam tempoh satu malam demi menambah koleksi peribadinya. (Utusan Malaysia, 17:00)
Read the reporting
1 report
Pernah berhabis RM1,500 dalam satu malam, Fadhli Masoot gemar kumpul pakaian ‘vintage’
Minat terhadap pakaian ‘vintage’ pernah membuatkan pelakon, Fadhli Masoot sanggup berbelanja sehingga mencecah RM1,500 dalam tempoh satu malam demi menambah koleksi peribadinya.
Ketika masih bujang dan mempunyai lebih banyak masa lapang, pemilik nama Mohd Fadhli Masoot itu bukan sahaja gemar mencari pakaian klasik, malah turut mendalami pengetahuan mengenai barangan vintage.
“Sebelum berumah tangga, ketika masih mempunyai banyak masa lapang, saya memang suka mengumpul pakaian. Saya juga belajar mengenai barangan vintage. Ketika itu, memang boleh dikatakan saya agak ketagih. Setiap kali pergi ke kedai, saya boleh berbelanja RM800, RM1,000 sehingga RM1,500 dalam satu malam.
“Ada masanya saya terfikir juga mengapa membeli begitu banyak pakaian. Namun, semua yang dibeli memang saya pakai. Apabila digayakan, ada yang mengatakan penampilan saya kelihatan klasik dan vintage. Bagi saya, itulah kepuasannya,” katanya kepada Pancaindera.
Fadhli bagaimanapun mengakui kehidupannya berubah selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, malah sanggup mengubah corak perbelanjaannya.
“Kesedaran itu datang selepas berkahwin. Apabila sudah memiliki cahaya mata, saya perlu memikirkan tentang membeli susu anak, keutamaan tentunya berubah. Selepas berkahwin, secara perlahan-lahan masa untuk hobi itu semakin berkurangan. Apabila sudah mempunyai anak, masa juga semakin terhad.
“Jadi, sekarang saya boleh katakan ‘koleksi’ saya lebih kepada masa yang diluangkan bersama keluarga,” jelasnya.
Dalam masa sama, Fadhli memaklumkan dia tidak meninggalkan sepenuhnya minat tersebut dan masih menyimpan sebahagian daripada pakaian ‘vintage’ yang pernah dikumpulnya.
“Saya banyak berbelanja untuk pakaian. Ada antaranya yang saya masih simpan dan ada juga yang sudah dilepaskan secara perlahan-lahan. Lebih kurang separuh daripada koleksi pakaian vintage itu masih ada,” kongsi.
Cakna akan tabiat mengumpul barangan vintage ini sering dikaitkan dengan perkara mistik, pelakon berusia 30 tahun itu bersyukur tidak pernah berdepan pengalaman seram sepanjang mengumpul barangan lama.
“Tidak pernah. Insya-Allah dan alhamdulillah, sepanjang mengumpul barangan tersebut saya tidak pernah mengalami perkara seperti itu,” katanya.
Meskipun tidak lagi aktif mengumpul pakaian vintage, Fadhli menyambut baik trend fesyen masa kini yang kembali mengangkat gaya popular daripada era terdahulu.
“Saya rasa fesyen memang sentiasa berputar. Ketika zaman saya membesar, orang gemar memakai seluar slim fit, kemudian beralih kepada straight cut dan sekarang baggy pula kembali menjadi pilihan.
“Sedangkan gaya ‘baggy’ sudah wujud sejak era 1960-an. Bagi saya, perkembangan itu sesuatu yang baik dan mereka yang memilih gaya sebegitu mempunyai cita rasa tersendiri,” ujarnya.
The post Pernah berhabis RM1,500 dalam satu malam, Fadhli Masoot gemar kumpul pakaian ‘vintage’ appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia17:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.