Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : 'Corporate Mafia', FELDA Abuse Of Power Claims Among Dewan Rakyat Focus Today47Business : STR, SARA Nearly RM11 Bln Disbursed To Eligible Recipients As of September 2026 -- MoF46Business : MoF: No Commitment To Provide Financing Support To AirAsia45‘Bila rindu mereka, saya peluk beg sekolah’42World : Portugal Suspend Cristiano Ronaldo For 30 Days, Impose Us$286 Fine Over Camp Departure37Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Samun kabel ECRL, TM di Temerloh: Geng Ravi, Kepala, Dany, Mista tumpas, 17 ditahan366 ditahan bantu siasatan kes dera wanita Indonesia36Abbe Hae didakwa ditahan polis36Sasar 50 peratus lebuh raya dilengkapi teknologi pintar35Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok35Yamal vs PSG: Ballon d’Or backdrop to Champions League showdown
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pernah kumpul duit syiling untuk isi minyak kereta

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 07:23 MYTLatest activity 20 Oct, 07:23BMconfidence 60%

What happened

Pernah kumpul duit syiling untuk isi minyak kereta (Harian Metro, 07:23)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Pernah kumpul duit syiling untuk isi minyak kereta

By Muhaamad Hafis Nawawi · 20 Oct, 07:23 MYT

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Langat: Daripada terpaksa mengumpul duit syiling untuk mengisi minyak kereta dan membeli beras, kini pasangan suami isteri ini mampu menikmati kehidupan lebih stabil hasil usaha membina kehidupan bersama sejak mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu.

Bagi Syahidatul Azimah Azmi, 34, perjalanan bersama suaminya, Abubakar Sanusi, 30, bukanlah mudah, terutama pada awal perkahwinan mereka pada September 2016.

Ketika itu, Abubakar baru berusia 20 tahun manakala Syahidatul berusia 24 tahun dan berkenalan di Madrasah Syeikhul Ariffien di Melaka, ketika Syahidatul bekerja di situ dan suaminya pula menuntut di madrasah berkenaan.

Syahidatul berkata, hanya selepas tiga bulan berkenalan secara serius, mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, walaupun masing-masing berasal daripada keluarga berkemampuan, mereka memilih untuk membina kehidupan sendiri selepas berkahwin.

"Ketika itu suami menjalani latihan sebagai mekanik kereta dengan menerima elaun sebanyak RM250 sebulan manakala saya bekerja dengan gaji sebanyak RM1,000.

"Jumlah pendapatan yang terhad menyebabkan kami terpaksa berjimat cermat bagi memastikan semua komitmen dapat dipenuhi. Pernah sampai satu tahap kami terpaksa mengumpul duit syiling untuk mengisi minyak kereta dan membeli beras," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Syahidatul, memang bukan mudah ketika itu, tetapi mereka lalui semuanya bersama-sama.

Bagaimanapun, kesusahan yang dilalui tidak mematahkan semangat mereka untuk terus mengubah kehidupan.

Kini, Abubakar menguruskan perniagaan bengkel kereta di Bandar Saujana Putra di sini, sekali gus membolehkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik dan stabil berbanding pada awal perkahwinan.

Mengimbas kembali kejutan menerima hadiah kereta daripada suaminya baru-baru ini, Syahidatul berkata, dia tidak pernah menyangka akan menerima hadiah berkenaan.

"Proton Persona digunakan sejak 2012, sebelum berkahwin lagi dan semakin kerap mengalami kerosakan sehingga menyukarkan urusan harian.

"Saya hanya meminta sebuah Perodua Axia daripada suami, asalkan mempunyai kenderaan yang mudah digunakan untuk bergerak ke mana-mana," katanya.

Namun, hadiah Mitsubishi XForce itu membuatkannya terkejut dan sebak kerana ia mengingatkannya kepada perjalanan panjang yang mereka lalui bersama.

"Apabila fikir balik, jauh perjalanan kami sejak zaman nak cukupkan duit untuk beli beras dan isi minyak, sampailah ke hari ini. "Bukan soal kereta itu semata-mata, tetapi apabila melihat kembali perjalanan kami sejak awal berkahwin, terasa banyak sangat perkara yang sudah kami lalui bersama.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang kami ada hari ini," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow08:0009:00
Latest 09:11 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
20 Oct, 07:23 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.