Malaysian Attention Engine
Live wire
52World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport51Man hurt fleeing George Town EV battery storage blaze as firefighters bring flames under control46Jerebu: Murid asrama disaran kekal di asrama45Remaja dituduh bunuh pelajar politeknik40Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi38Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok36Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara36Kenali saya kerana drama, filem – Sophia Albarakbah35General : RMAF Urges Public Not To Panic Over Low-Altitude Flights In Kota Belud, Labuan35General : Haze: Johor Extends Closure Of Schools, Educational Institutions Until Oct 1635General : PS The Children Urges Dedicated Funding For Child Protection35109 migrants, including 15 children dead after boat from Djibouti to Yemen capsizes, UN agency says
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Peruntukan belanjawan perlu tampung kekurangan pelaburan dalam pertahanan, kata penganalisis

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 07:30 MYTLatest activity 12 Oct, 07:30BMconfidence 60%

What happened

Kru sebuah kapal tentera laut melepaskan tembakan dalam satu latihan ketenteraan di Laut China Selatan. Kementerian Pertahanan diberi peruntukan RM22 bilion dalam belanjawan 2027. (Gambar TLDM) PETALING JAYA: Peruntukan RM7.1 bilion dalam belanjawan negara bagi peralatan pertahanan dan keselamatan harus digunakan untuk menangani masalah kekurangan pelaburan dalam angkatan tentera selama bertahun-tahun, kata seorang penganalisis pertahanan. (Free Malaysia Today, 07:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Peruntukan belanjawan perlu tampung kekurangan pelaburan dalam pertahanan, kata penganalisis

By Dineskumar Ragu · 12 Oct, 07:30 MYT

Kru sebuah kapal tentera laut melepaskan tembakan dalam satu latihan ketenteraan di Laut China Selatan. Kementerian Pertahanan diberi peruntukan RM22 bilion dalam belanjawan 2027. (Gambar TLDM) PETALING JAYA: Peruntukan RM7.1 bilion dalam belanjawan negara bagi peralatan pertahanan dan keselamatan harus digunakan untuk menangani masalah kekurangan pelaburan dalam angkatan tentera selama bertahun-tahun, kata seorang penganalisis pertahanan.

Izzah Khairina Ibrahim dari Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia berkata perbelanjaan pertahanan dikekalkan pada kira-kira 1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, walaupun peralatan telah melebihi jangka hayat perkhidmatannya.

Izzah Khairina Ibrahim. Beliau berkata aset ketenteraan mungkin tidak seimbang untuk berdepan ancaman yang merangkumi cabaran keselamatan bukan tradisional, paksaan zon kelabu, ancaman asimetri dan hibrid serta peperangan berteknologi tinggi.

“Walaupun terdapat kemajuan secara beransur-ansur, pemodenan masih perlahan, dengan perbelanjaan pembangunan merangkumi hanya 34% daripada jumlah peruntukan tahun ini, berbanding 65.7% bagi perbelanjaan operasi,” katanya kepada FMT.

Belanjawan 2027 memperuntukkan RM22 bilion masing-masing kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), iaitu peningkatan 1.2% berbanding peruntukan 2026.

Beliau berkata peruntukan besar kepada Kementerian Pertahanan dan KDN mencerminkan pendekatan yang berhati-hati dan pragmatik terhadap keselamatan negara, memandangkan Malaysia mengakui bahawa keselamatan dan ketenteraman awam tidak dapat dikekalkan melalui kekuatan ketenteraan semata-mata.

Bagaimanapun, pelaburan berterusan diperlukan bagi sektor awam dan ketenteraan, keupayaan pertahanan siber dan elektromagnetik, serta sistem komunikasi dan penyelarasan yang selamat dan bersepadu.

Lam Choong Wah. Lam Choong Wah dari Universiti Malaya berkata angkatan tentera memerlukan dana itu untuk melaksanakan rancangan pemodenan utama, termasuk bagi tentera laut dan tentera udara.

Lam berkata Kementerian Pertahanan sepatutnya menerima peruntukan lebih besar berbanding KDN berikutan kos operasi dan perolehan. Bagaimanapun, dengan tumpuan utama kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup, sektor lain seperti pertahanan terpaksa mengalah.

Mizan Aslam. Felo kanan di Global Peace Institute, Mizan Aslam mengalu-alukan peningkatan peruntukan kepada Kementerian Pertahanan sejak lima tahun lalu. Peningkatan itu diperlukan memandangkan isu pertikaian wilayah di Laut China Selatan dan ketegangan di Timur Tengah.

“Kita memerlukan lebih banyak aset dan sistem yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan yang sedang berlaku di dunia sekarang,” katanya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:0010:0011:00
Latest 11:02 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
12 Oct, 07:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    07:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Peruntukan belanjawan perlu tampung kekurangan pelaburan dalam pertahanan, kata penganalisis · Malaysian Attention Engine