Malaysian Attention Engine
Live wire
65Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara54General : Entertainment Duty Waiver In Federal Territories To Encourage Local Film Viewing - Fahmi51Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing51General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income51General : Absorption Of 9,000 Contract Doctors To Strengthen Public Healthcare Capacity - MMA48Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM48General : Budget 2027: Individual Tax Relief Raised To RM12,000 - PMm Anwar47Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m47Business : Govt Continues To Strengthen Islamic Economy, Offers Up To RM5,000 Matching Grants To MSMEs For Halal Certification46555 titik panas dikesan, Indonesia perhebat operasi pemadaman46World : Malaysian NGOs Submit 10 Demands To US Over Gaza War45Business : Govt To Provide 50 Acres Of KL Land Worth RM1 Bln For Bumiputera Agenda
NewConfirmedupdated 1 h ago

Peruntukan RM8 bilion bagi TVET komitmen penting untuk masa depan belia

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
16
−100% / 60 min
Momentum
12
0 vs 2 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 18:59 MYTLatest activity 9 Oct, 19:43BMconfidence 63%

What happened

Peruntukan RM8 bilion bagi TVET komitmen penting untuk masa depan belia (Harian Metro, 18:59)

Read the reporting

2 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Peruntukan RM8 bilion bagi TVET komitmen penting untuk masa depan belia

By Nurul Hidayah Bahaudin · 9 Oct, 18:59 MYT

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran

(BELIA MAHIR) menyifatkan peruntukan RM8 bilion bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai komitmen penting terhadap masa hadapan belia.

Presiden BELIA MAHIR, Mohammad Rizan Hassan berkata, sasaran 30,000 peluang pekerjaan melalui BAKAT MADANI, latihan robotik dan digital untuk 10,000 belia melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta latihan dan penempatan 1,000 belia Bumiputera melalui Majlis Amanah Raya (MARA) memperlihatkan arah yang positif.

"Peruntukan RM150 juta Peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang memberi keutamaan latihan dan pekerjaan belia India turut membuka ruang memperluas penyertaan anak muda dalam bidang bernilai tinggi," katanya mengulas peruntukan membabitkan golongan belia dalam Belanjawan 2027 yang dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Bagaimanapun, Mohammad Rizan berkata, ukuran kejayaan mesti berpaksikan kehidupan belia sama ada mereka mampu memasuki latihan, memperoleh kompetensi diiktiraf serta pekerjaan yang membolehkan golongan itu berdikari dan membantu keluarga.

"Dalam konteks ini, saya sedikit kecewa kerana pembiayaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) hanya berjumlah RM500 juta.

"Dengan cita-cita TVET yang semakin besar, kerajaan sepatutnya meningkatkan pembiayaan kepada RM1 bilion dengan sasaran penerima, kawalan mutu dan pemantauan hasil yang jelas," katanya.

Menurutnya, golongan daripada keluarga berpendapatan rendah memerlukan pembiayaan untuk merealisasikan pilihan mereka.

"Minat dan kesungguhan sahaja tidak membayar yuran, penginapan, pengangkutan serta keperluan sepanjang latihan.

"Tambahan pembiayaan perlu membuka akses kepada lebih ramai pelatih di institusi awam dan swasta yang layak terutama dalam bidang yang mempunyai permintaan industri.

"Pelaksanaannya juga mesti memastikan latihan berkualiti dan beban pembayaran balik munasabah," katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan menyasarkan 30,000 peluang pekerjaan baharu disediakan kepada golongan belia termasuk melalui pembabitan syarikat swasta.

Beliau berkata, BAKAT MADANI dilancarkan hasil komitmen enam Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), PETRONAS dan rangkaian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, BAKAT MADANI diwujudkan bagi menyediakan latihan serta peluang pekerjaan berkualiti kepada 25,000 belia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Harian Metro’s feed.Read at Harian Metro

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow20:00
Latest 20:49 MYT
16New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 18:59 MYT
Origin confidence 90% · 44 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    18:59

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Harian Metro, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Peruntukan RM8 bilion bagi TVET komitmen penting untuk masa depan belia · Malaysian Attention Engine