
Petai pilihan bijak untuk gaya hidup sihat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETAI atau nama saintifiknya Parkia speciosa, sejenis tumbuhan legum yang popular dalam masakan tradisional di Asia Tenggara, khususnya di Malaysia, Indonesia, dan Thailand. (Berita Harian, 16:09)
Read the reporting
1 report
Petai pilihan bijak untuk gaya hidup sihat
PETAI atau nama saintifiknya Parkia speciosa, sejenis tumbuhan legum yang popular dalam masakan tradisional di Asia Tenggara, khususnya di Malaysia, Indonesia, dan Thailand.
Petai mempunyai bau yang kuat dan menyengat. Bau petai biasanya kekal dalam mulut, air kencing dan peluh selepas dimakan menyebabkan ramai yang tidak begitu menggemari petai.
Namun, bagi penggemar petai, bau busuk bukanlah penghalang untuk menikmatinya dalam pelbagai hidangan, malah dijadikan sebagai ulam.
Walaupun ia mempunyai bau yang kurang menyenangkan, sebenarnya ada pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.
Khasiat petai yang mungkin ramai tidak tahu ialah, ia kaya dengan pelbagai nutrien penting seperti protein, karbohidrat, serat, vitamin C, vitamin B, zat besi, dan kalium.
Kalium yang terdapat dalam petai amat bermanfaat untuk mengawal tekanan darah dengan membantu meregangkan dinding pembuluh darah serta menjaga kesihatan jantung.
Ia membantu menstabilkan degupan jantung dan mengurangkan risiko serangan jantung serta strok.
Selain itu, petai juga dikenali sebagai makanan yang boleh membantu sistem pencernaan.
Kandungan serat yang tinggi dalam petai membantu melancarkan proses penghadaman dan mengelakkan masalah sembelit.
Malah, petai juga mengandungi kompaun semula jadi yang bersifat antimikrob dan antiradang, yang membantu melindungi usus daripada jangkitan serta mengurangkan risiko kanser usus.
Kandungan zat besi dalam petai dikatakan dapat mencegah penyakit anemia. Hal ini kerana, zat besi boleh merangsang dan meningkatkan pembentukan hemoglobin dalam darah.
Jadi, bagi pesakit anemia, petai ialah makanan yang sesuai untuk membantu mengurangkan penyakit itu.
Dari sudut perubatan tradisional, petai digunakan untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Ia sesuai untuk dijadikan makanan tambahan bagi pesakit diabetes kerana ia mengandungi bahan yang boleh merangsang pengeluaran insulin secara semula jadi.
Petai mengandungi sterol tumbuhan seperti beta-sitosterol dan stigmasterol yang mampu menurunkan kadar gula dalam darah.
Petai turut dikaitkan dengan peningkatan kesihatan mental. Ia mengandungi triptofan, sejenis asid amino yang boleh ditukar menjadi serotonin dalam otak.
Serotonin dikenali sebagai bahan kimia 'gembira' yang membantu mengurangkan tekanan, kemurungan, meningkatkan mood seseorang serta memberikan tidur yang berkualiti.
Namun, petai perlu dimakan secara sederhana. Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan bau badan dan nafas yang kuat serta memberi tekanan kepada buah pinggang kerana kandungan proteinnya tinggi.
Walaupun petai sering dianggap makanan yang berbau tidak menyenangkan, khasiatnya untuk kesihatan tidak dapat dinafikan.
Oleh itu, petai wajar dihargai sebagai salah satu anugerah alam yang penuh manfaat.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.