
Pilihan raya Palestin ditangguhkan: Hamas gesa dialog kebangsaan diadakan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
ISTANBUL: Hamas semalam menegaskan penangguhan pilihan raya Palestin hingga September tahun depan, sepatutnya membuka jalan kepada 'dialog kebangsaan yang menyeluruh', lapor Anadolu Ajansi. (Berita Harian, 13:39)
Read the reporting
1 report
Pilihan raya Palestin ditangguhkan: Hamas gesa dialog kebangsaan diadakan
ISTANBUL: Hamas semalam menegaskan penangguhan pilihan raya Palestin hingga September tahun depan, sepatutnya membuka jalan kepada 'dialog kebangsaan yang menyeluruh', lapor Anadolu Ajansi.
Hamas menekankan bahawa keadaan ketika ini tidak memungkinkan pilihan raya yang bebas dan adil di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Kumpulan pejuang itu sekali gus menyatakan kesediaan untuk menyertai rundingan yang 'serius serta produktif' bagi mencapai persetujuan yang mengikat mengenai penyusunan semula institusi Palestin, khususnya Majlis Kebangsaan Palestin dan Majlis Perundangan Palestin.
Hamas turut menggesa persetujuan dicapai berhubung strategi kebangsaan yang merangkumi program politik bersama, pengaturan bagi tempoh peralihan, dan usaha menghadapi ancaman serius Israel terhadap perjuangan Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza.
Katanya, usaha membina semula dan melakukan pembaharuan terhadap institusi Palestin melalui pilihan raya yang bebas serta adil kekal menjadi keutamaan negara, menurut laporan BERNAMA-ANADOLU
Hampir 2.97 juta rakyat Palestin layak mengundi, termasuk kira-kira 1.59 juta di Tebing Barat yang diduduki, Gaza (1.24 juta) dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki (140,000).
Kali terakhir pilihan raya perundangan Palestin diadakan ialah pada 2006 yang menyaksikan Hamas memenangi majoriti kerusi.
Terdahulu, BERNAMA-WAFA melaporkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, semalam mengeluarkan satu dekri yang menetapkan pilihan raya presiden dan badan perundangan diadakan serentak pada 11 September 2027.
Ia sekali gus membatalkan dekri terdahulu yang menetapkan pilihan raya badan perundangan pada 28 November 2026.
Dekri baharu itu turut menyeru rakyat Palestin di Baitulmaqdis, Tebing Barat serta Semenanjung Gaza mengambil bahagian dalam pilihan raya bebas dan langsung bagi memilih Presiden Negara Palestin serta Ahli Majlis Badan Perundangan Palestin secara serentak mengikut undang-undang.
Dekri itu menyusuli keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan perundingan dengan puak serta pihak berkaitan politik Palestin yang mencapai konsensus nasional berhubung halangan akibat tindakan Israel, untuk menganjurkan pilihan raya pada tarikh ditetapkan sebelum ini, selain keperluan mewujudkan keadaan politik, keselamatan dan lapangan sesuai bagi pilihan raya yang bebas, adil serta terangkum.
Ia juga bertujuan memberi peluang kepada dialog nasional yang komprehensif bagi mengukuhkan perpaduan Palestin, mengekalkan keutuhan wilayah dan sistem politik, menangani cabaran yang dihadapi proses pilihan raya, serta memastikan penyertaan rakyat Palestin di seluruh Baitulmaqdis, Tebing Barat dan Gaza, selain melindungi hak politik serta perlembagaan mereka.
Keputusan menangguhkan pilihan raya badan perundangan dan menetapkan tarikh baharu bagi pilihan raya presiden serta badan perundangan secara serentak itu dibuat di tengah-tengah serangan tentera Israel yang berterusan, peluasan penempatan haram, keganasan peneroka, serta pencerobohan berulang kali oleh Israel di seluruh Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur yang diduduki.
Sekatan ke atas kebebasan bergerak serta tindakan Israel yang terus menahan hasil cukai Palestin, turut mewujudkan cabaran keselamatan, ekonomi serta pentadbiran dalam membuat persiapan dan menjalankan pilihan raya, menurut dekri itu.
Mengenai Gaza, dekri itu dikeluarkan pada masa keadaan keselamatan dan kemanusiaan berada pada tahap luar biasa, kegagalan melaksanakan rancangan bagi menempatkan pasukan penstabilan antarabangsa dan pasukan polis mengikut Resolusi 2803 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), kekurangan kemajuan dalam pembangunan semula, serta pengunduran tentera Israel dari Semenanjung itu yang masih belum selesai.
Menurut dekri itu, keadaan terbabit mewujudkan halangan keselamatan, logistik dan di lapangan dalam syarat yang diperlukan bagi penganjuran pilihan raya.
Dekri itu juga menuding kepada sekatan Israel ke atas akses kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat dan pemerhati antarabangsa ke Gaza dan Baitulmaqdis Timur, sekali gus merumitkan persiapan serta prosedur, selain mengehadkan keupayaan badan berkaitan untuk mengawasi dan memantau proses pilihan raya mengikut piawaian undang-undang serta demokrasi.
Secara keseluruhan, keadaan itu menjejaskan kemungkinan untuk mengadakan pilihan raya yang bebas, adil serta inklusif pada tarikh terdahulu.
Di samping, ia bagi memastikan keselamatan awam serta keupayaan rakyat Palestin melaksanakan hak pilihan raya mereka secara bebas dan selamat di seluruh wilayah Palestin, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Dekri itu menegaskan semula komitmen untuk mengadakan pilihan raya sebagai kewajipan nasional serta perlembagaan, dan sebagai penzahiran hak rakyat Palestin untuk memilih wakil mereka secara demokratik, memulihkan keabsahan demokratik institusi Palestin, serta mengukuhkan perpaduan sistem politik.
Bawah dekri itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat akan mengambil langkah yang perlu untuk membuat persiapan dan menganjurkan serta menyelia pilihan raya presiden dan badan perundangan mengikut Undang-Undang Pilihan Raya Umum yang berkuat kuasa, bagi memastikan proses pengundian berlangsung secara bebas, adil, telus dan terangkum di seluruh wilayah Palestin, termasuk Baitulmaqdis Timur.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian13:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.