
Pita suara alami kerosakan, kemampuan vokal saya terjejas – Ara Johari
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Penyanyi, Ara Johari memaklumkan pita suaranya mengalami kerosakan selepas beberapa kali dijangkiti virus Covid-19 dan Influenza. (Utusan Malaysia, 12:00)
Read the reporting
1 report
Pita suara alami kerosakan, kemampuan vokal saya terjejas – Ara Johari
PETALING JAYA: Penyanyi, Ara Johari memaklumkan pita suaranya mengalami kerosakan selepas beberapa kali dijangkiti virus Covid-19 dan Influenza.
Menurut Ara, perkara itu juga menjadi faktor utama kemampuan vokalnya tidak lagi seperti dahulu, selain lebih selesa untuk menyanyikan lagu yang bernada tinggi.
“Apabila usia semakin meningkat, kemampuan vokal kita juga tidak semestinya sama seperti ketika remaja. Tambahan pula, saya pernah dijangkiti Covid-19 sebanyak lima kali dan influenza sebanyak dua kali.
“Selepas dijangkiti influenza, kemampuan vokal saya benar-benar terjejas sehingga terpaksa menurunkan nada nyanyian sebanyak satu ‘key’ berbanding dahulu.
“Suara saya menjadi sangat kasar. Jika dahulu, saya mampu mencapai nada yang lebih tinggi daripada lagu Bunga, tetapi sekarang lagu itu merupakan antara had tertinggi yang Ara masih mampu nyanyikan.
“Apabila mengalami sakit tekak, keadaan itu turut menjejaskan pita suara. Jadi, apabila pita suara mengalami kerosakan, memang sukar untuk mencapai nada tinggi seperti dahulu,” katanya.
Ara berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran muzik video lagu terbaharu yang berjudul, Kisah Yang Hampir Sempurna, pada Selasa.
Tambah Ara, kecederaan pada pita suaranya itu hanya boleh pulih dengan menjalani prosedur pembedahan, namun dirinya enggan mengambil risiko kerana tidak mahu punca pendapatannya terjejas.
“Saya sudah menjalani pemeriksaan dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT). Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sedikit rekahan pada pita suara saya.
“Sebab itu saya tidak mahu mengambil risiko dan sekarang lebih memilih lagu yang memerlukan teknik serta penghayatan emosi. Sekarang saya lebih menjual perasaan atau penghayatan ketika menyanyi.
“Pita suara itu boleh menjalani pembedahan, tetapi saya dimaklumkan perlu berhenti menyanyi selama setahun. Saya tidak mahu mengambil risiko tersebut kerana selepas setahun berehat, bukan mudah untuk membina semula momentum kerjaya,” jelasnya.
Pun begitu, penyanyi lagu Menjaga Jodoh Orang Lain itu memaklumkan dirinya memilih untuk lebih berhati-hati setiap kali membuat persembahan demi menjaga kesihatan suaranya.
“Kalau saya kehilangan suara, proses pemulihannya memang mengambil masa lama. Kadang-kadang sampai tiga atau empat bulan saya tidak mempunyai suara seperti biasa. Jadi, saya mula memikirkan kemampuan vokal untuk jangka masa panjang.
“Contohnya, lagu Bunga mempunyai nada yang sangat tinggi. Saya sendiri tidak tahu sama ada 20 tahun lagi Ara masih mampu menyanyikan lagu itu dengan saya asal.
“Mungkin ketika itu saya terpaksa menurunkan key.
Buat masa sekarang, saya masih boleh menyanyikannya, tetapi memang ada perubahan pada suara saya.
“Jadi, buat masa sekarang, saya lebih berhati-hati dan menjaga banyak pantang larang. Ketika menyanyi pun saya perlu menggunakan teknik yang betul dan tidak boleh terlalu memaksa suara,” kongsinya.
Selain melancarkan muzik video lagu terbaharunya itu, Ara memaklumkan dirinya bakal mengadakam sebuah Showcase sempena sedekad perjalanannya dalam industri seni, Sedekad Bersuara Ara Johari di Robert’s Theather The Campus Ampang pada 30 November depan.
The post Pita suara alami kerosakan, kemampuan vokal saya terjejas – Ara Johari appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia12:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.