
PKSK Tingkatan 1 di Melaka mengikut jadual, tidak ditangguhkan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PKSK Tingkatan 1 di Melaka mengikut jadual, tidak ditangguhkan (Harian Metro, 08:20)
Read the reporting
1 report
PKSK Tingkatan 1 di Melaka mengikut jadual, tidak ditangguhkan
am@hmetro.com.my
Melaka: Maklumat tular yang mendakwa Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 di Melaka ditangguhkan adalah tidak benar, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka sebaliknya meneruskan PKSK mengikut jadual bermula hari ini sehingga 22 Oktober, dengan tertakluk kepada situasi jerebu semasa serta arahan keselamatan yang berkuat kuasa.
Rahmad berkata, semua calon perlu hadir mengikut tarikh, masa dan pusat pentaksiran yang ditetapkan seperti tertera pada slip menduduki pentaksiran masing-masing.
Katanya, semua 18 pusat PKSK hendaklah memastikan persediaan dan pengoperasian berjalan lancar dengan mengutamakan keselamatan serta kesihatan calon dan petugas.
"Bagaimanapun, sekiranya ibu bapa atau penjaga memilih untuk tidak menghantar calon atas faktor keselamatan dan kesihatan akibat jerebu, pihak pusat PKSK hendaklah menguruskan penjadualan semula pentaksiran," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, JPN Melaka akan memaklumkan sebarang perubahan atau ketetapan baharu berkaitan pelaksanaan pentaksiran itu menerusi saluran rasmi jabatan berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro08:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.