Malaysian Attention Engine
Live wire
5412 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat46Rodtang meriahkan Muay Thai LAGA 202641No, QR payments are not getting a service charge from Nov 1, says Finance Ministry4127 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti40Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang39General : Selangor KPDN Investigates 10 Complaints Of Suspected Water-mixed Petrol37Graduate pay must reflect skills, not location, says Ramanan36Gambar pelajar disunting guna AI jadi bahan lucah36General : Six Women Honoured At YTF Women In Technology Awards 202635Around 550,000 people take part in protests across France, about 400 arrested: minister35Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda35Gagal capai KPI, wakil rakyat DAP berisiko digugurkan sebagai calon - Loke
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Plot yang gagal: Kupasan Negeri Sembilan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 11:00 MYTLatest activity 18 Oct, 11:00BMconfidence 60%

What happened

Semuanya bermula di Luak Sungai Ujong. Dicetuskan oleh perselisihan dalaman luak mereka sendiri—merangkumi pergeseran keluarga dan kontroversi integriti yang tidak lagi dapat dibendung—seorang ketua luak yang telah lama memegang jawatan mendapati dirinya dilanda ribut. (Free Malaysia Today, 11:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·4 min read

Plot yang gagal: Kupasan Negeri Sembilan

By Anak Negeri · 18 Oct, 11:00 MYT

Semuanya bermula di Luak Sungai Ujong. Dicetuskan oleh perselisihan dalaman luak mereka sendiri—merangkumi pergeseran keluarga dan kontroversi integriti yang tidak lagi dapat dibendung—seorang ketua luak yang telah lama memegang jawatan mendapati dirinya dilanda ribut.

Antara tuduhan serius dilemparkan terhadapnya termasuklah pemalsuan dokumen awam, khususnya sijil nikah, serta penganjuran solat Jumaat di kediaman di dalam sebuah bilik yang dilaporkan tidak dapat menampung bilangan jemaah yang sepatutnya.

Di bawah prinsip Adat Perpatih tanpa kompromi, kedaulatan dan keabsahan bermula dari bawah. Apabila ibu soko dan anak waris menarik balik sokongan dan kepercayaan mereka, mandat seorang ketua luak tamat begitu sahaja. Memegang jawatan selama lebih tiga dekad tidak memberikan sebarang imuniti daripada akauntabiliti. Sebaik sahaja tonggak asas suku tersebut menolaknya, keabsahan adatnya terus lenyap.

Peranan Dewan Keadilan dan Undang

Kita lihat seterusnya pihak berkuasa adat tertinggi di Negeri Sembilan: Dewan Keadilan dan Undang (DKU). Pengesahan rasmi DKU terhadap keputusan luak tersebut bukanlah satu campur tangan, tetapi merupakan satu keperluan pentadbiran yang penting. Memandangkan penamatan perkhidmatan seorang ketua luak membawa implikasi rasmi—termasuk penarikan balik elaun lima angka dan keistimewaan daripada pentadbiran negeri—badan tertinggi ini sekadar mengesahkan secara rasmi keputusan yang telah dibuat oleh luak itu sendiri.

Mencabar keputusan luak melalui saluran undang-undang adalah hak yang sedia diiktiraf; beberapa ketua luak pernah melalui saluran mahkamah pada masa lalu tanpa melanggar batas ketertiban sivik. Namun mencuba untuk meruntuhkan teras perlembagaan negeri atas ketidakpuashatian peribadi adalah perkara yang sama sekali berbeza.

Apabila cita-cita melebihi kepentingan negeri

Situasi menjadi dramatik dan berubah daripada satu pertikaian tempatan melibatkan seorang bekas ketua luak kepada satu penghinaan institusi di peringkat negeri apabila beberapa bekas ketua luak—yang dilarang sama sekali oleh Adat Perpatih daripada campur tangan, namun tetap juga campur tangan—meletakkan cita-cita peribadi melebihi kestabilan negeri. Mereka bersekongkol ke arah rancangan durjana untuk menggulingkan Yang Dipertuan Besar, satu tindakan melampau yang menderhaka dan mencabar kesucian institusi raja Melayu.

Keadaan menjadi lebih parah apabila seorang kerabat diraja junior—yang kemudiannya hilang kedudukan dalam Putera Yang Empat—turut menyertai penderhakaan tersebut. Tanpa sebarang prospek di bawah laluan perlembagaan dan adat, penjajaran ini mendedahkan cubaan menggulingkan raja Melayu secara tidak bertamadun dan caca merba tanpa sebarang asas perundangan.

Lebih memburukkan keadaan, sebuah parti politik yang sejarahnya diharapkan mempertahankan hak orang Melayu dan raja Melayu terjebak pula dalam cabaran secara terbuka terhadap Yang Dipertuan Besar. Ia memuncak apabila exco yang majoritinya daripada entiti politik ini mendabik dada mengumumkan pendirian yang terang-terangan mencabar kedudukan raja Melayu, bahkan menjangkau ke peringkat bersikap bermusuhan dengan perkhidmatan awam negeri.

Perhatikan pula menteri besar—yang berasal dari ceruk desa di Kuala Pilah, diangkat ke jawatan tertinggi atas ihsan Yang Dipertuan Besar sendiri. Namun, dalam masa 24 jam selepas mengangkat sumpah di hadapan raja Melayu, bahkan sebelum sempat memasuki pejabat secara rasmi kerana cuti umum negeri, pen terus ditenyehkan pada deklarasi kontroversi sebagai cubaan mengabsahkan penyingkiran yang tidak sah. Tidak cukup dengan itu, surat menyurat kemudiannya dihantar pula kepada Majlis Raja-Raja untuk mendesak mereka campur tangan bagi menentang raja mereka sendiri—jelas melanggar protokol dan etika tradisi. Majlis Raja-Raja baru-baru ini telah bertegas menolak usaha di luar norma itu dan menegaskan semula autoriti serta bidang kuasa tertinggi yang merujuk kepada DKU di Negeri Sembilan.

Mempertahankan maruah dan kedaulatan undang-undang

Rangkaian peristiwa sebegini pastinya sangat menguji kesabaran seorang raja Melayu. Yang Dipertuan Besar, seorang tokoh berjiwa bapa berusia lewat 70-an, sentiasa memerintah dengan berpandukan perlembagaan.

Justeru, apabila baginda secara terbuka meluahkan rasa dukacita dan kemurkaan di sebuah masjid di Kuala Pilah baru-baru ini, ia mencerminkan kekecewaan yang begitu mendalam daripada seorang raja Melayu yang berdepan dengan penderhakaan terancang yang sangat biadap dan tidak bertamadun daripada rakyat baginda sendiri.

Seperti yang dijangkakan, dalang di disebalik gerakan ini melarikan diri ke media sosial untuk membawa watak kononnya sebagai mangsa, dengan disokong oleh jentera politik.

Kepada entiti politik ini: cukuplah. Negeri ini bukanlah halaman untuk permainan politik.

Kepada anak-anak waris Biduanda di Sungai Ujong, Rembau, dan Jelebu: terima kasih kerana meletakkan kepentingan kolektif Negeri Sembilan mengatasi perselisihan di luak. Dengan perlantikan ketua-ketua luak yang baharu, negeri ini mesti melangkah ke hadapan.

Khusus kepada suku Biduanda di Johol: anda diseru meletakkan taat setia kepada institusi negeri dan bukannya kepada figura ketua luak yang dibebani kontroversi.

Langkah ke hadapan

Bayangan dana besar di sebalik usaha menggugat institusi raja Melayu di Negeri Sembilan ini kekal sebagai rahsia terbuka, dengan persoalan berterusan mengenai aliran kewangan yang menuntut siasatan teliti. Apabila tindakan penderhakaan terlepas daripada hukuman pantas, kepercayaan awam terhadap kredibiliti institusi diuji.

Amat dikesali apabila pihak penguat kuasa—termasuk polis, SKMM, dan badan agama—tidak bertindak berhubung ketidakteraturan yang didokumenkan, seperti pemalsuan dokumen perkahwinan dan perhimpunan agama yang tidak mengikut peraturan, sementara ruang maya pula menyaksikan usaha terkoordinasi untuk memburukkan dan merendahkan institusi diraja.

Di sebalik semua itu, Jabatan Peguam Negara (AGC), setiausaha kerajaan negeri, dan penasihat undang-undang negeri terus berdiri teguh sebagai benteng pertahanan kepada Perlembagaan Persekutuan dan negeri daripada tekanan luar biasa.

Harapan anak negeri tetap teguh: semoga Negeri Sembilan kembali berpijak di landasan ketamadunan, kedaulatan undang-undang tanpa sebarang halangan daripada mereka yang melanggar sumpah jawatan, dan takhta terus berdiri megah tanpa kompromi untuk generasi akan datang.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 11:39 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
18 Oct, 11:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    11:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Plot yang gagal: Kupasan Negeri Sembilan
Free Malaysia TodayNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.