
PN boleh cabar notis RoS, penangguhan tidak dibenarkan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi membenarkan permohonan Perikatan Nasional (PN) untuk mencabar tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang mengeluarkan notis berhubung cadangan pembatalan pendaftaran dan perintah penggantungan semua aktiviti gabungan itu. (Utusan Malaysia, 13:30)
Read the reporting
5 reports
PN dapat kebenaran mula semakan kehakiman terhadap JPPM
Mahkamah Tinggi menetapkan 22 Okt ini untuk mendengar permohonan PN untuk tangguh penggantungan aktiviti oleh JPPM. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan Perikatan Nasional (PN) mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar dua notis dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) terhadap gabungan itu.
Bagaimanapun, Hakim Azizan Arshad tidak membenarkan penangguhan sementara terhadap penggantungan aktiviti gabungan itu oleh JPPM untuk tempoh yang tidak ditetapkan.
“Sama ada penggantungan itu merupakan keputusan yang sah dari segi undang-undang terhadap hak PN adalah perkara yang wajar diputuskan pada peringkat substantif.
“Ringkasnya, pemohon telah memenuhi ambang yang ditetapkan untuk mendapatkan kebenaran dan oleh itu mahkamah memberi kebenaran supaya perkara itu dapat dihujahkan pada peringkat substantif,” katanya.
Mahkamah menetapkan 22 Okt untuk pendengaran permohonan penangguhan oleh PN.
Terdahulu, peguam PN, Ivanpal Singh Grewal, berhujah bahawa penangguhan wajar diberikan memandangkan keadaan luar biasa susulan PRN Melaka pada 14 Nov, sambil berkata penggantungan itu menghalang gabungan berkenaan daripada menyertai proses demokrasi.
“Buat masa ini, PN tidak boleh bermesyuarat dan membuat keputusan mengenai calon-calonnya. PN tidak boleh berhubung dengan anggota akar umbi dan membuat persiapan untuk pilihan raya,” katanya.
Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizza Azizan, membantah permohonan PN dengan berkata notis tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada gabungan itu bulan lalu masih belum tamat tempoh, bermakna JPPM belum membuat keputusan terhadap PN.
Beliau berhujah bahawa terlalu awal bagi PN untuk memohon kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap JPPM.
Awal bulan ini, PN memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap JPPM, antara lain memohon perintah certiorari untuk membatalkan notis bertarikh 23 Sept yang menggantung aktiviti gabungan itu untuk tempoh yang tidak ditetapkan serta notis tunjuk sebab bertarikh 22 Sept.
Notis tunjuk sebab itu menghendaki PN menjelaskan mengapa tindakan tidak sepatutnya diambil untuk membatalkan pendaftarannya.
PN turut memohon pengisytiharan bahawa kedua-dua notis itu terbatal dan tidak sah serta tidak mempunyai sebarang kesan.
Permohonan itu difailkan oleh setiausaha agung lima parti komponen PN, kecuali Bersatu.
Selain Takiyuddin Hassan, yang merupakan setiausaha agung PN dan PAS, pemohon lain termasuk Wong Chia Zhen daripada Gerakan, N Sathes Kumar daripada Parti Rakyat India Malaysia, Saifuddin Abdullah daripada Wawasan dan Sazmi Miah daripada Pejuang.
Mereka menamakan Ketua Pengarah JPMM dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden.
Why it is exploding
- 6 mentions in the last hour after none the hour before
- 9 independent sources, 9 new in the last hour
- Driven by news coverage (9 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia13:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 9 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Free Malaysia Today, Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (9)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.