Malaysian Attention Engine
Live wire
51Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching50KPDN kaji gubal undang-undang bendung 'ulat tiket'50Rumah Rohingya terbakar dibaling molotov, ada kaitan video cabar Melayu -Polis50Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara49General : Shift In Wind Flow Expected To Help Reduce Haze – Ahmad Zahid46Business : Kelington Secures RM128 Mln Contract For Data Storage Facility In Sarawak45DayOne secures additional RM15b financing for Johor data centre expansion45Business : IOI Properties' Potential SGX Listing Remains Under Evaluation44Jojo yakin menjelang aksi ulangan menentang Paez44General : JPN Ensures Strict Controls In MyKad Issuance - DG44General : Refugees Who Entered Malaysia After January 2023 Not Eligible For DPP - Saifuddin Nasution43Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari
RisingConfirmedupdated 17 min ago

KPDN kaji gubal undang-undang bendung 'ulat tiket'

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
50
+300% / 60 min
Momentum
55
3 vs 0 mentions/h
Sources
4
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 14:01 MYTLatest activity 13 Oct, 14:41BMconfidence 89%

What happened

KPDN berharap pewujudan peraturan itu dapat menyediakan mekanisme kawal selia lebih bersesuaian untuk menangani aktiviti ulat tiket selain memperkukuh perlindungan hak pengguna dalam urusan pembelian. KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meneliti Seksyen 15(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi mengenal pasti ruang perundangan untuk membangunkan kerangka kawal selia khusus bagi membendung kegiatan ‘ulat tiket’. (Free Malaysia Today, 14:01)

Read the reporting

3 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Orang ramai mungkin guna kad pengenalan beli tiket konsert selepas ini

By . HAFIZ SAIDINA · 13 Oct, 14:41 MYT

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin membeli tiket konsert mungkin perlu menggunakan kad pengenalan bagi membendung ulat tiket yang menjual pada harga jauh lebih tinggi daripada harga asal.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, pihaknya sedang mengkaji penggubalan kerangka undang-undang khusus bagi membendung kegiatan ulat tiket yang menjual tiket acara pada harga jauh lebih tinggi daripada harga asal.

Beliau berkata, setakat ini tiada peruntukan undang-undang khusus yang menangani kegiatan penjualan semula tiket atau ticket scalping itu.

“Kita juga akan kajian, kemungkinan bolehkah kita menggunakan ID ataupun pengenalan nama pada pembelian tiket, maksudnya tidak boleh beli tiket untuk orang lain dan kemungkinan menjual dengan harga yang lebih mahal,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang meminta kerajaan menjelaskan status kajian penggubalan undang-undang khusus bagi menangani kegiatan ulat tiket, kelemahan undang-undang sedia ada serta jangkaan pembentangan cadangan perundangan itu.

Fuziah berkata, pihaknya sedang mengadakan sesi libat urus dengan penganjur acara serta menjalankan kajian perbandingan undang-undang di beberapa negara bagi mengenal pasti mekanisme sesuai untuk menangani kegiatan berkenaan.

“Kementerian memandang serius isu ulat tiket kerana ia melibatkan penjualan semula tiket pada harga lebih tinggi dan kadangkala tidak munasabah.

“Kegiatan ini bukan sahaja menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga tiket yang tinggi dan melampau, malah boleh mendedahkan mereka kepada risiko penipuan apabila membeli tiket daripada penjual tidak rasmi.

“Di bawah Akta 723 ataupun Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dalam seksyen 15(1), memberi punca kuasa kepada Menteri untuk dan kementerian untuk mewujudkan satu mekanisme dalam bentuk peraturan untuk yang boleh kita gunakan untuk mengekang aktiviti scalping ini.

“Maka kita sedang buat kajian berkenaan dengan negara-negara lain, undang-undang yang wujud di negara-negara lain seperti Australia, Ireland, Kanada, Jepun, Taiwan, Singapura dan sebagainya, bagaimana mereka menangani isu scalping ini,” katanya

Tambah Fuziah, antara perkara yang sedang diteliti ialah mewujudkan takrifan khusus kegiatan ulat tiket, menentukan skop aktiviti yang perlu dikawal serta memperkenalkan mekanisme bagi menghalang pembelian tiket secara pukal.

Menurutnya, pembelian tiket dalam jumlah besar, sama ada menggunakan bot automatik atau dilakukan individu, boleh membuka ruang kepada penjualan semula pada harga lebih tinggi.

Dalam pada itu, beliau berkata, peraturan antipencatutan sedia ada tidak dapat digunakan secara langsung untuk menangani kegiatan ulat tiket kerana mekanisme pengiraan pencatutan memerlukan data jualan bagi tempoh tiga tahun.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan penjualan tiket acara yang lazimnya bersifat sekali sahaja (one-off), sekali gus memerlukan pendekatan perundangan yang lebih bersesuaian.

“Peraturan tersebut tidak boleh diguna pakai untuk aktiviti ulat tiket kerana ia bersifat one-off. Bagi pencatutan, kita perlu mengeluarkan notis dan mendapatkan data jualan sepanjang tiga tahun,” katanya.- UTUSAN

The post Orang ramai mungkin guna kad pengenalan beli tiket konsert selepas ini appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is rising

  • 3 mentions in the last hour after none the hour before
  • 4 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 51NEWnow
Latest 14:56 MYT
50Rising
Mentions / h3Velocity0.05/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source
  3. State
    Rising

    4 sources, growth +300%, z 0.0

Where it started

Free Malaysia Today (News)
13 Oct, 14:01 MYT
Origin confidence 90% · 14 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    14:01

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

KPDN lakukan kajian bendung 'ulat tiket'
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.