
Polis bedil gas pemedih mata semasa simulasi, 19 pelajar masuk hospital
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JAKARTA – Sekurang-kurangnya 19 pelajar di Cilegon, wilayah Banten dibawa ke hospital selepas gas pemedih mata yang dilepaskan pasukan polis semasa latihan simulasi pengendalian rusuhan masuk ke kawasan sekolah mereka, lapor laman berita Lambe Turah. (Kosmo!, 21:00)
Read the reporting
1 report
Polis bedil gas pemedih mata semasa simulasi, 19 pelajar masuk hospital
JAKARTA – Sekurang-kurangnya 19 pelajar di Cilegon, wilayah Banten dibawa ke hospital selepas gas pemedih mata yang dilepaskan pasukan polis semasa latihan simulasi pengendalian rusuhan masuk ke kawasan sekolah mereka, lapor laman berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku antara pukul 10 pagi (waktu tempatan) hingga 10.30 pagi di SMK Madinatul Hadid, baru-baru ini.
Naib Pengetua SMK Madinatul Hadid, Farid Jami’in berkata, pihak sekolah pada awalnya tidak mengesyaki asap yang masuk ke kawasan mereka adalah gas pemedih mata.
“Pada pukul 10 hingga 10.30 pagi, terdapat asap yang dibawa angin dari balai polis. Saya tidak tahu apa asap itu tetapi ia membuatkan saya pening,” kata Farid kepada pemberita.
Selepas sebilangan pelajar mengadu kesakitan, pihak sekolah segera membawa mereka yang terkesan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ketua Perhubungan Awam Polis Cilegon, AKB Imam Maryono mengesahkan gas pemedih mata itu dilepaskan semasa latihan simulasi demonstrasi yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Cilegon.
“Seramai 19 pelajar terjejas dan dikejarkan ke beberapa kemudahan kesihatan,” katanya.
Beliau turut memohon maaf dan mengesahkan pihaknya akan menanggung seluruh kos rawatan perubatan. – AGENSI
The post Polis bedil gas pemedih mata semasa simulasi, 19 pelajar masuk hospital appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!21:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.