
Football: Soccer-Rayo-Bilbao match abandoned after fans' protest against club owner
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Football: Soccer-Rayo-Bilbao match abandoned after fans' protest against club owner (Google News · The Star, NST, The Edge (no own RSS), 22:30)
Read the reporting
2 reports
Aksi Rayo Vallecano-Athletic Bilbao batal angkara protes penyokong
MADRID: Aksi LaLiga antara Rayo Vallecano dan Athletic Bilbao dibatalkan selepas penyokong tuan rumah melontar kapal terbang kertas dan guli getah ke dalam padang sebagai bantahan terhadap pemilik kelab Madrid itu pada pertengahan separuh masa pertama.
Perlawanan terbabit adalah aksi pertama dimainkan di Estadio de Vallecas musim ini, yang ditutup sementara sebelum ini selepas satu audit mendapati wujud masalah keselamatan yang serius.
Penyokong Rayo menyalahkan kecuaian pemilik kelab, Raul Martin Presa yang sebaliknya menuduh pihak berkuasa tempatan sengaja menyasarkan kelabnya.
Kumpulan penyokong Persatuan Sukan Rayo Vallecano dalam satu kenyataan selepas penggantungan perlawanan menyatakan bahawa bantahan mereka adalah 'sah dan demokratik..perlu serta aman' sambil menambah ia adalah 'akibat meletakkan keselamatan dan kesihatan 15,000 orang dalam risiko pada setiap dua minggu selama tiga dekad.'
LaLiga dalam satu kenyataan di media sosial menyatakan bahawa pihak mereka 'mengecam keras tingkah laku sebegini yang menjejaskan keselamatan dan menyukarkan kelancaran perjalanan pertandingan.'
Tarikh dan masa baharu untuk perlawanan itu akan diumumkan tidak lama lagi, kata LaLiga.
Rayo yang mara ke perlawanan akhir Liga Konferens UEFA pada Mei lalu, tidak memberi maklum balas serta-merta kepada permintaan REUTERS untuk ulasan.
Selepas tiga perlawanan tempatan pertama terpaksa dipindahkan ke stadium kelab divisyen dua, Leganes yang mencatatkan antara jumlah kehadiran penonton terendah dalam sejarah LaLiga, penyokong tuan rumah mula bersorak bantahan, mengejek dan bersiul menentang Presa sebelum sepak mula pada Sabtu.
Menjelang minit ke-13 iaitu waktu penyokong tegar atau 'ultras Rayo' biasanya menyanyikan lagu 'Presa sila letak jawatan' - ratusan penyokong melancarkan kapal terbang kertas dan bola getah kecil ke padang, memaksa pengadil menggantung perlawanan.
Satu penangguhan selama 15 minit menyusul di mana stadium menggesa penonton agar tidak melempar objek ke padang menerusi pembesar suara sementara petugas membersihkannya dengan pantas.
Apabila perlawanan disambung semula tidak lama kemudian, penyokong di tribun selatan sekali lagi membaling objek ke atas rumput lalu menyebabkan pengadil membuat keputusan untuk membatalkan terus perlawanan.
Kemarahan terhadap pengurusan Presa mencapai kemuncaknya dalam beberapa bulan kebelakangan ini, susulan penutupan stadium Vallecas untuk perlawanan tempatan pembukaan musim Rayo.
Dalam perlawanan persahabatan menentang Cagliari pada Sabtu lalu, grafiti anti-Presa muncul di kotak VIP yang kemudiannya dikepung oleh penyokong sebagai tanda protes sebelum mereka meninggalkan stadium. -REUTERS
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- 3 mentions in the last hour after none the hour before
- 3 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Google News · The Star, NST, The Edge (no own RSS)) source
- NewsFirst news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
- LanguageFirst Bahasa Malaysia coverage (Berita Harian) source
- StateRising
3 sources, growth +300%, z 0.0
- StateAccelerating
growth +300% with positive acceleration
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News · The Star, NST, The Edge (no own RSS)22:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Google News · The Star, NST, The Edge (no own RSS), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.