
Polis bimbang penunggang pandang ringan keselamatan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Suffian Abdullah gesa ibu bapa pantau pergerakan anak serta memastikan mereka tidak menunggang motosikal tanpa lesen sah. KUALA LUMPUR: Sikap segelintir penunggang motosikal yang memandang ringan keselamatan diri walaupun berulang kali dinasihati keluarga membimbangkan polis. (Free Malaysia Today, 10:45)
Read the reporting
1 report
Polis bimbang penunggang pandang ringan keselamatan
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Suffian Abdullah gesa ibu bapa pantau pergerakan anak serta memastikan mereka tidak menunggang motosikal tanpa lesen sah. KUALA LUMPUR: Sikap segelintir penunggang motosikal yang memandang ringan keselamatan diri walaupun berulang kali dinasihati keluarga membimbangkan polis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Suffian Abdullah, berkata sikap itu bukan sahaja membahayakan penunggang, malah pengguna jalan raya lain.
“Hampir 90% kesalahan dikesan melibatkan motosikal yang tidak sempurna atau penunggang tidak mempunyai lesen memandu sah.
“Antara kesalahan dikenal pasti ialah pengubahsuaian komponen motosikal termasuk brek dan ekzos. Remaja bawah umur juga kerap dikesan, namun saringan masih dijalankan untuk menentukan jumlah sebenar mereka yang ditahan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas operasi bersepadu yang menyaksikan polis memeriksa kira-kira 800 motosikal, menyita 60 daripadanya dan mengeluarkan kira-kira 300 saman atas pelbagai kesalahan trafik di ibu negara, awal pagi tadi.
Operasi bagi membanteras kesalahan trafik dan samseng jalanan itu membabitkan 80 pegawai dan anggota polis, dengan bantuan 12 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan serta lima Agensi Antidadah Kebangsaan.
Suffian menggesa ibu bapa dan penjaga memantau pergerakan anak-anak serta memastikan mereka tidak menunggang motosikal tanpa lesen sah.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today10:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.