
Polis Thailand gagalkan cubaan rakyat Malaysia seludup dadah
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SUNGAI GOLOK (THAILAND): Cubaan seorang rakyat Malaysia menyeludup dadah dari bandar ini ke Kelantan terbongkar apabila dia ditahan polis Thailand bersama bahan terlarang itu malam tadi. (Utusan Malaysia, 19:59)
Read the reporting
2 reports
Lelaki Malaysia dicekup cuba seludup dadah di Sungai Golok
SUNGAI GOLOK, THAILAND – Seorang lelaki rakyat Malaysia dicekup selepas dipercayai cuba menyeludup pelbagai jenis dadah dari bandar ini ke Kelantan ketika berada di dalam kereta dekat sebuah hotel di sini semalam.
Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam selepas disyaki membawa sebanyak 20 biji pil ekstasi, 760 biji pil psikotropik dan sembilan gram ketamin.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati, suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Kelantan dan memperoleh bekalan bahan terlarang itu daripada sindiket di Sungai Golok.
Katanya, Bahagian Siasatan Narkotik Polis Wilayah 9 menerima maklumat mengenai suspek yang memandu sebuah kereta dipercayai membawa dadah tersebut.
“Kereta dipandu lelaki itu dikepung dan pemeriksaan dijalankan polis membawa kepada penemuan kesemua dadah tersebut.
“Suspek mengaku menyembunyikan dadah berkenaan di dalam keretanya selain merancang untuk menyeludup bahan terlarang tersebut masuk ke Malaysia melalui Pusat Pemeriksaan Kastam dan Imigresen Sungai Golok hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jurucakap itu memberitahu, lelaki itu berdepan pertuduhan memiliki dan menjual narkotik Kategori 1 (ekstasi) dan menjual bahan psikotropik Kategori 2 (ketamin) secara haram.
Tambahnya, pertuduhan itu boleh dihukum penjara setahun hingga 15 tahun dan denda RM48,738 hingga RM182,767, jika disabitkan kesalahan. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki Malaysia dicekup cuba seludup dadah di Sungai Golok appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia19:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.