Malaysian Attention Engine
Live wire
40General : Marriage Between M'sian Muslim And Foreign National Of The Islamic Faith Won't Change Ethnicity To Malay - Saifuddin Nasution39General : Malaysia Targets 250,000 International Students By 2030 - Zambry37Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut37Pan-gon bimbang pemulihan Faisal ambil masa lebih lama36Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia36F1 GP Bahrain di Sepang jana impak ekonomi hampir RM950 juta35General : Husbands Can Also Be Victims Of Domestic Violence - Welfare Dept35Business : Govt Settles RM17.15 Bln In Excess Tax Refunds As Of Sept 3035Epic Games Delays Disney Project, Asks Developers to Use More AI35General : MPs Welcome Higher Allocations For Sabah, Sarawak, Urge For Finalised Special Grant Formula35General : JPN Ensures Strict Controls In MyKad Issuance - DG35Nexal Pad launches at RM1,099 with an 11in screen and 10,000mAh battery
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah lonjak potensi membina generasi teknokrat huffaz pelajar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 06:29 MYTLatest activity 14 Oct, 06:29BMconfidence 60%

What happened

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam, terus memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan , latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang bukan sahaja melahirkan tenaga kerja berkemahiran, malah membentuk modal insan yang holistik melalui pelaksanaan Program Techno-Huffaz. (Utusan Malaysia, 06:29)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah lonjak potensi membina generasi teknokrat huffaz pelajar

By - MEDIA MULIA · 14 Oct, 06:29 MYT

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam, terus memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan , latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang bukan sahaja melahirkan tenaga kerja berkemahiran, malah membentuk modal insan yang holistik melalui pelaksanaan Program Techno-Huffaz.

Mengintegrasikan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) dengan pengajian dan hafazan al-Quran, Techno-Huffaz menjadi antara pendekatan pendidikan yang memperkaya pengalaman pelajar dengan mengimbangi pembangunan kompetensi profesional, kecemerlangan akademik dan pembentukan nilai kerohanian.

Program ini dilaksanakan melalui kerjasama antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pensijilan Tahfiz al-Quran.

Program Techno-Huffaz PSA mula diperkenalkan melalui pelaksanaan program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM-PSA pada sesi Jun 2017. Pengambilan generasi pertama seramai sembilan orang pelajar, pada ketika itu melibatkan Jabatan Perdagangan sahaja.

Pada tahun 2019, Program Techno-Huffaz PSA diperluaskan kepada jabatan akademik lain termasuk Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Awam.

Muhammad Firdaus Naim Yuswan merupakan graduan sulung yang berjaya menamatkan kedua-dua pengajian iaitu Diploma Politeknik dan Pensijilan Tahfiz telah dilahirkan pada tahun 2021.

Barisan penuntut bersama pensyarah pengiring, Muhammad Luqman](kiri) mengabadikan detik gembira sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Ke-34 di Darul Quran Kuala Kubu Bharu.Beliau berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh tiga tahun, di samping memperoleh Diploma Pengajian Perniagaan melalui program Pensijilan Tahfiz al- Quran Darul Quran, JAKIM di PSA.

Dalam pada itu sehingga tahun 2025, seramai 12 orang graduan berjaya menamatkan kedua-dua pengajian Diploma Politeknik dan Pensijilan Tahfiz.

Sempena Majlis Konvokesyen PSA Ke-27 yang diadakan baru-baru ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI) Tanjung Malim Perak, seramai empat graduan Techno-Huffaz PSA diraikan dan menjadikan jumlah keseluruhan 16 graduan Techno-Huffaz PSA yang telah menamatkan kedua-dua pengajian ini bagi tahun ini.

PSA turut menerima pengiktirafan sebagai IPT Kolaborasi Terbaik 2026 pada Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM ke-34, tahun 2026.

Secara keseluruhan, Program Techno-Huffaz PSA yang kini memasuki tahun ke-10 pelaksanaannya merupakan program yang mengintegrasikan pengajian Diploma

Politeknik dengan Pensijilan Tahfiz al-Quran bagi melahirkan graduan yang mahir teknikal, mempunyai kompetensi al-Quran dan berpotensi menjadi usahawan.

Pencapaian tersebut menjadi bukti bahawa kecemerlangan dalam bidang TVET dan pembangunan kerohanian mampu berjalan seiring.

Ia turut memperlihatkan bahawa institusi TVET mempunyai ruang yang luas untuk membentuk generasi muda yang bukan sahaja bersedia memenuhi keperluan industri, tetapi turut memiliki nilai dan prinsip yang menjadi asas kepada pembangunan masyarakat yang mampan.

Selaras dengan tema “Melonjak Potensi, Mencipta Legasi”, Techno-Huffaz mencerminkan usaha PSA dalam membuka ruang kepada pelajar untuk melonjakkan potensi diri melalui gabungan ilmu, kemahiran dan penghayatan al-Quran.

Daripada potensi tersebut, lahirlah generasi graduan yang mampu membawa nilai positif ke dalam industri, komuniti dan negara.- UTUSAN

The post Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah lonjak potensi membina generasi teknokrat huffaz pelajar appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow07:0008:0009:0010:00
Latest 10:06 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
14 Oct, 06:29 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    06:29

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah lonjak potensi membina generasi teknokrat huffaz pelajar · Malaysian Attention Engine