
Politik prestasi vs politik identiti vs politik 'sakau'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
ISTILAH ini digunakan untuk meraih sokongan rakyat. Namun, ia akan berubah-ubah mengikut negeri dan lawan dihadapi. (Berita Harian, 11:01)
Read the reporting
1 report
Politik prestasi vs politik identiti vs politik 'sakau'
ISTILAH ini digunakan untuk meraih sokongan rakyat. Namun, ia akan berubah-ubah mengikut negeri dan lawan dihadapi.
Rakyat tertanya-tanya; apakah sebenarnya diperjuangkan, adakah prinsip atau kuasa?
Seperti di Negeri Sembilan, Pakatan Harapan (PH) mengetengahkan naratif 'politik prestasi' dan menggambarkan lawannya sebagai pengamal politik perkauman.
Rakyat diminta menilai pencapaian pentadbiran, sementara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diletakkan dalam kerangka politik identiti.
Di Melaka pula, ukuran berkenaan berubah. Jika prestasi menjadi kayu ukur, pentadbiran BN juga mesti dinilai secara adil. Johor dan Melaka tidak boleh diketepikan hanya kerana pencapaiannya tidak menguntungkan naratif PH.
Mengapa apabila bercakap mengenai pentadbiran sendiri, ukurannya adalah prestasi, tetapi apabila berhadapan dengan lawan, istilah 'sakau' pula diketengahkan?
Prestasi tidak boleh menjadi ukuran hanya apabila PH mendapat kelebihan. Tuduhan pula tidak boleh menggantikan penilaian apabila lawan menunjukkan pencapaian.
Ibarat sesumpah bertukar warna mengikut keadaan, perubahan naratif seperti ini memperlihatkan politik yang terlalu bergantung pada keperluan semasa. Hari ini bercakap tentang prestasi, esok menyerang identiti, lusa melabel lawan dengan tuduhan.
Rakyat akhirnya menilai jarak antara kata-kata di pentas ceramah dengan kehidupan yang mereka lalui.
Mereka menilai harga barang, peluang pekerjaan, pendapatan keluarga dan mutu perkhidmatan. Retorik yang hebat tidak dapat menutup kesusahan dirasai setiap hari.
Pada pandangan saya, yang semakin terserlah ialah politik dendam. Apabila pelbagai naratif gagal meyakinkan rakyat, kuasa tidak sepatutnya dijadikan jalan untuk membalas penentangan atau menghukum perbezaan pendirian.
Politik dendam menjadikan pengkritik sebagai musuh, teguran sebagai ancaman dan perbezaan pandangan sebagai alasan untuk memberikan tekanan.
Jika pihak yang enggan menurut kehendak politik pemerintah ditekan atau dihukum, itu bukan pentadbiran yang sihat. Itulah politik dendam yang wajib ditolak.
Lebih membimbangkan sekiranya budaya ini meresap ke dalam institusi penguatkuasaan. Pegawai yang memikul amanah negara tidak boleh diletakkan dalam keadaan terpaksa memilih antara tanggungjawab kepada undang-undang dengan tekanan daripada pihak yang lebih berkuasa.
Penguatkuasaan mesti berasaskan undang-undang dan bukti. Sebarang dakwaan bahawa institusi digunakan untuk menzalimi musuh politik perlu dijawab secara telus dan disiasat secara bebas.
Kerajaan yang membiarkan dendam menentukan tindakannya akan menghakis keyakinan rakyat.
Setiap langkah dilihat sebagai usaha mempertahankan kuasa, sedangkan amanah sebenar ialah menyelesaikan masalah negara.
PH perlu sedar rakyat mampu membandingkan janji dengan tindakan, slogan dengan pencapaian, serta dakwaan dengan bukti.
Kalau benar mahu politik prestasi, gunakan ukuran yang sama terhadap semua. Kalau benar mahu melawan 'sakau', kemukakan bukti dan biarkan undang-undang berjalan secara adil.
Jangan menukar kayu ukur setiap kali lawan menunjukkan kelebihan. Jangan pula menjadikan kuasa sebagai alat membalas dendam.
Rakyat memberikan mandat untuk mentadbir, bukan lesen untuk menekan dan menghukum musuh politik.
Penulis adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:01
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.