
Prestasi Tierney semakin meningkat di Cyprus
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Prestasi Tierney semakin meningkat di Cyprus
KUALA LUMPUR: Ketajaman Fergus Tierney di hadapan gawang semakin menyerlah apabila penyerang Harimau Malaya itu terus mencipta impak bersama kelab Cyprus, PAC Omonia, dengan meledak gol kedua dalam saingan liga utama negara berkenaan musim ini.
Pemain berusia 23 tahun itu sekali lagi membuktikan kemampuannya apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-66 selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-52 ketika PAC Omonia berdepan AEL Limassol, semalam.
Bagaimanapun, jaringan itu belum cukup untuk menyelamatkan pasukannya daripada kekalahan 2-1, namun perkembangan positif itu menyaksikan Tierney kini mengumpul dua gol dan satu bantuan jaringan dalam lima penampilan di saingan liga utama Cyprus.
Rekod tiga sumbangan gol itu menjadi petanda positif buat penyerang berkenaan yang semakin mendapat tempat dalam perancangan pasukannya, selain membuktikan keupayaannya memberi impak walaupun bermula dari bangku simpanan.
Prestasi Tierney di peringkat kelab turut memberi perkembangan positif buat Harimau Malaya, terutama selepas beliau memainkan peranan dalam kempen Piala ASEAN FIFA baru-baru ini.
Beliau antara pemain yang membantu skuad negara menamatkan saingan di tempat ketiga apabila menyumbang jaringan ketika Malaysia menewaskan Vietnam 1-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.
Pengalaman beraksi di Eropah memberi peluang kepada Tierney untuk terus meningkatkan kualiti permainannya menerusi persaingan liga yang berbeza, sekali gus mengukuhkan pilihannya sebagai antara pemain yang boleh menyumbang kepada jentera serangan negara.
Bagi pemain muda itu, konsistensi di peringkat kelab pastinya menjadi keutamaan untuk memastikan momentum positif dapat diteruskan, terutama ketika dia berusaha mengukuhkan kedudukan dalam pasukan dan mengekalkan prestasi bersama Harimau Malaya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.