
Prince Syed berang, Datuk Seri Vida petik nama dia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Prince Syed berang, Datuk Seri Vida petik nama dia (Harian Metro, 21:19)
Read the reporting
1 report
Prince Syed berang, Datuk Seri Vida petik nama dia
redzuan.muharam@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: "Saya dan isteri hidup bahagia dengan dua anak kami, tak ada isu dengan sesiapa tapi kenapa nak petik nama saya?
"Saya tak kacau pun dia, malah kami pun tak pernah berjumpa." demikian reaksi usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed, 34, atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman yang kecewa dan berang dengan tindakan usahawan Datuk Seri Vida 'memetik' namanya menerusi satu hantaran dimuat naik di Threads hari ini.
Menerusi hantaran itu, Vida atau dikenali DSV memuat naik: 'Doa nak lelaki macam Syed Saddiq sekali dapat Prince Syed...lucu sekali'.
Mengulas lanjut, Prince Syed berkata, dia tidak sedar mengenai hantaran itu hinggalah dimaklumkan isteri, Fatin Syazwani, 28, dan beberapa individu terdekat.
"Saya sibuk berniaga di satu tapak acara dekat Pasir Gudang, Johor hari ini, jadi tak sempat nak tengok telefon.
"Petang tadi iaitu ketika berehat, isteri maklumkan mengenai hantaran berkenaan dan bila buka WhatsApp, ada beberapa rakan maklumkan mengenainya, malah terlalu ramai yang 'tagged' nama saya dekat hantaran berkenaan.
"Setahu saya, tiada orang lain guna nama Prince Syed jadi kalau bukan saya yang dimaksudkan, siapa lagi?
"Setakat ini, saya tiada masalah dengan beliau (Datuk Seri Vida), malah suka mengikuti perkembangannya di media sosial tambahan bila dapat tahu fasa bahagianya.
"Pendek kata, suka tengok kebahagiaannya dan turut mendoakan beliau tapi bila tengok hantarannya saya jadi hairan juga kenapa nama saya yang dipetik," katanya kepada Harian Metro.
Prince Syed berkata, dia tidak melihat hantaran itu sebagai satu gurauan kerana ia membuka ruang untuk orang ramai mengecamnya secara terbuka.
"Saya tak anggap ia lucu kerana lebih kepada membuka ruang untuk ramai bercakap buruk mengenai saya di ruangan komen.
"Boleh baca sendiri ruangan komen dan orang yang ada akal fikiran waras boleh fikir dan bezakan antara lawak, jenaka atau hinaan.
"Terlalu banyak komen yang berbaur hinaan dan mentertawakan saya di ruangan komen, malah sampai sekarang beliau tak memadam hantaran itu," katanya.
Menurut Prince Syed, dia ada menghantar mesej kepada Vida menerusi media sosial bagi meminta penjelasan namun belum mendapat respons daripada usahawan berkenaan.
"Saya tunggu balasannya kerana nak tahu apa jawapannya.
"Bagi saya, kenyataannya itu mengaibkan dan tak boleh diterima. Cukuplah netizen (warganet) hina dan lemparkan pelbagai tohmahan.
"Hari ini, saya hilang kata-kata dan tak sangka bila orang berpengaruh seperti beliau pula buka ruang untuk netizen kecam saya," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro21:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.