
Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KOTA KINABALU - Pegawai polis yang menyiasat kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa seramai 200 individu telah dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan laporan mati mengejut melibatkan remaja itu.Inspektor Wong Yew Zhung, saksi ke-83 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina berkata, rakaman percakapan tersebut dilakukan dengan bantuan pegawai polis dari Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Papar, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah dan IPD Sipitang.Menurutnya, saksi yang dipanggil terdiri daripada ahli keluarga Zara, jiran-jiran, rakan-rakan sekolah rendah dan mene (Sinar Harian, 11:29)
Read the reporting
4 reports
Inkues Zara Qairina : 'Tidak', enggan membenarkan bedah siasat dijalankan
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner diberitahu bahawa Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir enggan membenarkan pemeriksaan bedah siasat dijalankan ke atas jenazah anaknya, walaupun selepas menerima penjelasan polis.
Pegawai Penyiasat, Inspektor Wong Yew Zhung, berkata beliau bertemu Noraidah Lamat di Hospital Queen Elizabeth (QEH) pada 17 Julai 2025, selepas Zara, 13, disahkan meninggal dunia pada jam 1.07 tengah hari.
Saksi ke-83 itu berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Dr Pavankumar Balachandran pada jam kira-kira 1.35 tengah hari, yang memaklumkan Zara meninggal dunia akibat "kecederaan otak traumatik teruk dengan hypoxic ischemic encephalopathy.
Hypoxic ischemic encephalopathy adalah kerosakan atau gangguan fungsi otak yang berlaku akibat kekurangan bekalan oksigen dan penurunan aliran darah ke otak secara signifikan.
Susulan panggilan itu, Yew Zhung dan jurugambar bertugas bergegas ke QEH dan tiba kira-kira jam 3.30 petang, di mana mereka bertemu Dr Pavankumar dan Noraidah di Wad Neuro Pembedahan.
"Ketika di wad, saya memaklumkan dan menjelaskan kepada ibu Zara bahawa pemeriksaan bedah siasat akan dijalankan ke atas jenazah anaknya bagi membantu siasatan berhubung kematiannya.
"Bagaimanapun, ibu Zara menjawab, 'Tidak', dan enggan membenarkan bedah siasat dijalankan.
"Saya menjelaskan semula mengenai pemeriksaan bedah siasat kepadanya, tetapi beliau tetap berpendirian tegas dengan berkata, 'Tidak. Saya mahu mengebumikannya dengan segera,'" katanya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, hari ini.
Menurut Yew Zhung, berikutan itu, tiada borang POL 61 dikeluarkan, iaitu permohonan polis untuk pemeriksaan bedah siasat, kerana Noraidah menolak prosedur terbabit dan punca kematian Zara sudah dikenal pasti.
Beliau berkata Noraidah turut menandatangani beberapa dokumen pada 17 Julai 2025 sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Antaranya, Pengisytiharan Penolakan Sukarela Bedah Siasat, di mana dia mengakui tidak berhasrat menjalankan bedah siasat, tidak mengesyaki unsur jenayah dan tidak akan meminta laporan bedah siasat daripada hospital bagi tujuan mediko-legal, insurans atau tuntutan lain.
Dua lagi dokumen ialah Borang Pemberitahuan Kematian dan Pengurusan Mayat serta Pengisytiharan Pengesahan Urusan Pengebumian.
Bagaimanapun Yew Zhung berkata, beliau kemudiannya memohon perintah untuk menggali semula kubur Zara pada 9 Ogos 2025 berikutan arahan daripada Jabatan Peguam Negara.
Menurut saksi itu, perintah diperoleh daripada Majistret Zuraini Ali Musa pada kira-kira jam 3 petang hari yang sama, di bawah Seksyen 335(2) Kanun Tatacara Jenayah.
Yew Zhung dan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, dibantu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, kemudian bertolak ke Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Kampung Mesapol Lama, Sipitang.
Proses menggali semula kubur selesai pada malam berkenaan sebelum mayat Zara dibawa ke Jabatan Forensik QEH untuk pemeriksaan bedah siasat.
Pegawai Penyiasat itu menjelaskan, pemeriksaan bermula kira-kira jam 11 pagi pada 10 Ogos 2025, diketuai Pakar Patologi Forensik Dr Jessie Hiu, dibantu tiga doktor lain, iaitu Dr Khairul Anuar Zainun, Dr Muhammad Uzair Ahmad Suriani dan Dr Lau Cheng Cheng.
"Turut hadir ketika prosedur ialah, ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Papar, Asisten Komisioner Rosli Rasi, saya sendiri, Inspektor Desmond Tanggapan, ibu Zara serta wakil undang-undangnya, Shahlan Jufri,"
Katanya, berdasarkan penemuan bedah siasat, Dr Jessie merumuskan punca kematian Zara adalah kecederaan otak traumatik teruk dengan hypoxic ischaemic encephalopathy.
"Punca kematian ditentukan Dr Jessie susulan bedah siasat adalah sama seperti yang disahkan pada 17 Julai 2025.
"Pemeriksaan Dr Jessie terhadap kecederaan pada badan Zara juga menunjukkan ia konsisten dengan kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi," katanya.
Noraidah, yang selesai memberikan keterangan semalam, hadir pada prosiding hari ini dan duduk di galeri awam bersama kakak iparnya, Nur Shira.
Inkuiri berkenaan bermula pada 3 September 2025 bagi menentukan punca dan keadaan kematian Zara, termasuk sama ada wujud sebarang unsur jenayah.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- Current hour is 1.7 standard deviations above this event's own baseline
- 4 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (8 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian11:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (8)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
