Malaysian Attention Engine
Live wire
57Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq52Sport : Record-breaking Zuhairie Delivers Malaysia's First Gold In Asian Para Games52Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan52'Munafik' cetus kecoh di Dewan Rakyat51Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’49Business : Economic Reforms Over The Past Four Years Have Strengthened Malaysia -- PM Anwar48Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor451MDB wins appeal for fresh hearing on US$3.7bil judgment against Jho Low, father44General : Saifuddin Nasution To Lead M'sian Delegation To ASEAN Transnational Crime Meeting42Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi42Kes MyEG-Zetrix: 15 pegawai JPJ, bank dirakam percakapan41Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Projek naik taraf Hospital Queen Elizabeth perlu disegerakan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 13:46 MYTLatest activity 19 Oct, 13:46BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menyegerakan pelaksanaan projek naik taraf Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, bagi mengatasi masalah kekurangan katil. (Berita Harian, 13:46)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Projek naik taraf Hospital Queen Elizabeth perlu disegerakan

By Nuratikah Athilya Hassan · 19 Oct, 13:46 MYT

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menyegerakan pelaksanaan projek naik taraf Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, bagi mengatasi masalah kekurangan katil.

Situasi berkenaan menyebabkan pesakit terpaksa menunggu lama di hospital daerah bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata HQE adalah pusat rujukan utama di Sabah yang memerlukan kemudahan tambahan bagi menampung keperluan pesakit dari seluruh negeri.

"Berdasarkan taklimat pihak hospital Ogos lalu, masalah itu menyebabkan seorang warga emas berusia 86 tahun yang mengalami patah tulang, terpaksa menunggu seminggu di hospital daerah.

"Bayangkan keresahan keluarganya ketika orang tersayang sedang menanggung kesakitan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027, di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohd Shafie berkata, projek naik taraf HQE di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dianggarkan bernilai RM1.12 bilion membabitkan penambahan 448 katil, dengan kerja awalan disenaraikan bagi tempoh 2025 hingga 2026.

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan status terkini projek, peruntukan tersedia dan tarikh kerja utama bermula dan siap.

Beliau turut membangkitkan masalah kemudahan asas di HQE yang didakwa sudah 17 tahun beroperasi tanpa dapur sendiri sejak 2009, menyebabkan makanan perlu dimasak dan dibawa dari Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

Katanya, ruang wad dan klinik juga tidak mencukupi, manakala makmal patologi berdepan masalah bangunan usang yang memerlukan tindakan segera.

"Pembangunan fizikal hospital perlu disertai penambahan tenaga kerja dan peralatan perubatan yang mencukupi.

"HQE merekodkan 297 kekosongan jawatan tetap tahun lalu, justeru kerajaan perlu memberi perhatian kepada keperluan tenaga kerja bagi memastikan doktor dan jururawat mendapat sokongan secukupnya," katanya.

Mohd Shafie berkata, ketika kerajaan WARISAN mentadbir Sabah, lebih RM20 juta diperuntukkan kepada Fakulti Perubatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi memperkukuh pendidikan perubatan dan keupayaan perkhidmatan kesihatan.

Katanya, usaha melahirkan lebih ramai doktor dan tenaga kesihatan tempatan perlu diteruskan supaya anak Sabah berpeluang berkhidmat di negeri sendiri.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow14:0015:00
Latest 15:11 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 13:46 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:46

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.