
PSA terus perkasa kebolehpasaran graduan tvet untuk industri elektronik perubatan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM: Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) melangkah ke hadapan dalam memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan TVET menerusi penganjuran Strive Talent Empowerment Programme 2026 (STEP 2026) yang bertemakan “Emerging Technologies in Medical Electronics Industry”. (Utusan Malaysia, 10:18)
Read the reporting
1 report
PSA terus perkasa kebolehpasaran graduan tvet untuk industri elektronik perubatan
SHAH ALAM: Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) melangkah ke hadapan dalam memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan TVET menerusi penganjuran Strive Talent Empowerment Programme 2026 (STEP 2026) yang bertemakan “Emerging Technologies in Medical Electronics Industry”.
Program strategik ini berfungsi sebagai platform holistik dalam mendedahkan pelajar kepada perkembangan teknologi terkini dalam sektor elektronik perubatan, di samping memberikan kefahaman mendalam mengenai kompetensi, kemahiran, dan jangkaan sebenar pasaran kerja.
STEP 2026 menjadi titik pertemuan penting yang menghimpunkan rakan industri, institusi akademik, agensi berkaitan, serta alumni bagi membincangkan transformasi industri dan keperluan bakat masa hadapan.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Kementerian Ekonomi, Che Rahim Daud.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa inisiatif seperti STEP 2026 merupakan gerak kerja nyata di peringkat institusi yang menterjemahkan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) daripada peringkat dasar kepada bentuk tindakan.
“Dalam kerangka RMK13, negara menyasarkan pembentukan tenaga kerja tempatan yang adaptif, berdaya saing, serta bersedia menerajui industri berteraskan High Growth High Value (HGHV).
“Kerajaan beraspirasi memastikan setiap graduan TVET tempatan bukan sahaja ‘job-ready’, malah ‘future-ready’ hasil kerjasama strategik berterusan antara institusi pendidikan dan pemain industri,” kata Che Rahim.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian utama telah dilaksanakan bagi memperkasa pelajar dan jaringan institusi.
Pendedahan kepada teknologi masa hadapan, pemindahan kepakaran, serta bimbingan industri berupaya membentuk graduan TVET yang berkeyakinan, adaptif, dan berdaya saing.
Langkah ini juga berupaya mengatasi masalah ketidakpadanan kemahiran (mismatch) serta menyokong aspirasi negara untuk menyediakan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada bakat tempatan.
Melalui komitmen dalam memperkasa bakat dan mencorak masa depan, PSA memastikan pendidikan TVET kekal relevan, responsif, dan sentiasa berada di hadapan seiring dengan perkembangan pesat industri semasa yang bertepatan dengan tema penganjuran program kali ini iaitu Memperkasa Bakat, Mencorak Masa Depan.
The post PSA terus perkasa kebolehpasaran graduan tvet untuk industri elektronik perubatan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:18
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.