Malaysian Attention Engine
Live wire
58Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara54General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi51Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori48Ribut petir hampir seluruh negara petang ini45‘Buat anak ayah, semoga Allah jaga hati kamu berdua’41BELANJAWAN 2027 | Cuti Bersalin Penjawat Awam Naik Daripada 360 Kepada 490 Hari41General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption41Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM40General : Budget 2027 Shows Govt's Commitment To Boosting Sabah's Interior Development - Arthur40World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia40Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi38General : Thunderstorm, Heavy Rain Warning In 14 States Until 6 Pm
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pulau Tikus jadi kawasan perintis sifar sisa, kurangkan pelepasan metana

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 12:43 MYTLatest activity 10 Oct, 12:43BMconfidence 60%

What happened

GEORGETOWN: Pulau Tikus dipilih sebagai kawasan perintis projek daerah sifar sisa bagi mengurangkan pelepasan gas metana menerusi pengurusan sisa makanan dan organik. (Berita Harian, 12:43)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Pulau Tikus jadi kawasan perintis sifar sisa, kurangkan pelepasan metana

By Zuhainy Zulkiffli · 10 Oct, 12:43 MYT

GEORGETOWN: Pulau Tikus dipilih sebagai kawasan perintis projek daerah sifar sisa bagi mengurangkan pelepasan gas metana menerusi pengurusan sisa makanan dan organik.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan memaklumkan, projek berkenaan akan dilaksanakan di dua kawasan di Malaysia, membabitkan pihaknya dan Perbadanan KLCC.

Menurut MBPP, pelancaran projek itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, kelmarin sempena perasmian Pameran dan Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2026 serta Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) di ibu negara.

"Pelaksanaan projek di Pulau Tikus merangkumi pencegahan sisa, pengasingan di punca, pemulihan sisa organik, kitar semula, prinsip ekonomi kitaran dan tindakan iklim.

"Antara penyelesaian yang sedang diteroka ialah penggunaan mesin 'food waste separator' bagi mengasingkan air dan minyak daripada sisa makanan, mengurang isipadunya serta menyedia sisa bagi dijadikan kompos.

"MBPP akan memberi tumpuan kepada pengasingan sisa di punca, khususnya sisa makanan dan organik yang dijana isi rumah, premis perniagaan serta institusi dalam kawasan yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut MBPP, Pulau Tikus akan berperanan sebagai makmal hidup bagi pelaksanaan sifar sisa di Pulau Pinang.

Data dan amalan terbaik yang diperoleh akan digunakan untuk menilai keberkesanan langkah berkenaan, mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik serta menentukan model yang boleh diperluas ke kawasan lain di negeri ini.

"Projek itu akan dilaksanakan dengan kerjasama dan nasihat teknikal Think City, Zero Waste Foundation dan Common House.

"MBPP turut akan bekerjasama dengan rakan strategik serta masyarakat setempat dalam menentukan kawasan fokus dan butiran terperinci projek," katanya.

Dalam kenyataan sama, MBPP memaklumkan pihaknya diiktiraf sebagai satu daripada 20 Bandar Sisa Sifar Terbaik 2026 oleh Zero Waste Foundation atas usaha membangunkan masyarakat ke arah sifar sisa.

MBPP turut menekankan keperluan sokongan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, komuniti, rakan industri, institusi akademik dan masyarakat bagi menjayakan inisiatif itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:0014:0015:00
Latest 15:09 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
10 Oct, 12:43 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:43

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pulau Tikus jadi kawasan perintis sifar sisa, kurangkan pelepasan metana · Malaysian Attention Engine