Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Tuanku Muhriz: Royal Succession Disputes Must Follow Adat, Law51Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan42General : MACC Summons Nazir Hussin, Wife, Aide Over RM10 Million Investment Deal40BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah39Tuan Ibrahim: Scrap RM15k haj savings rule, don't burden aspiring pilgrims39General : Mini Tornado In Damansara Caused By Active Thunderstorm Clouds, Says MetMalaysia38Bersatu sedia sokong Amirudin, mahu peranan dalam pentadbiran Selangor36Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM35Najib akan habiskan baki hukuman penjara bersama keluarga di rumah Langgak Duta - Peguam34Saudi Arabia faces economic contraction as war woes mount34IHH said to join race for TPG’s Malaysian hospitals34PRN Melaka: 'Usah cerita siapa calon, yang penting birukan Pantai Kundor' - Tuminah
NewConfirmedupdated 41 min ago

Pusat peranginan terbiar jadi markas sindiket penipuan dalam talian

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
45
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 18:53 MYTLatest activity 14 Oct, 19:26BMconfidence 84%

What happened

SEREMBAN: Sebuah pusat peranginan terbiar di Broga, Mantin dijadikan markas sindiket penipuan dalam talian yang dipercayai menyasarkan warga China sebelum kegiatan itu terbongkar dengan penahanan 40 individu pada Isnin lalu. (Utusan Malaysia, 18:53)

Read the reporting

2 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Pusat peranginan terbiar jadi markas sindiket penipuan dalam talian

By NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI · 14 Oct, 18:53 MYT

SEREMBAN: Sebuah pusat peranginan terbiar di Broga, Mantin dijadikan markas sindiket penipuan dalam talian yang dipercayai menyasarkan warga China sebelum kegiatan itu terbongkar dengan penahanan 40 individu pada Isnin lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, sindiket itu menyewa sebuah blok bangunan di pusat peranginan berkenaan dengan kadar RM20,000 sebulan, meskipun premis di atas tanah persendirian itu tidak berpenghuni hampir empat tahun.

Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 63 tahun terdiri daripada pasangan warga tempatan, 34 warga China, seorang warga Taiwan dan tiga warga Myanmar.

“Lokasi pusat peranginan terbiar yang terpencil di kawasan luar bandar dipercayai dipilih bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

“Daripada empat blok bangunan di kawasan pusat peranginan itu, sindiket hanya menyewa satu blok untuk dijadikan pusat panggilan bagi menjalankan kegiatan penipuan melalui aplikasi komunikasi dalam talian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sindiket berkenaan menyasarkan warga China yang menetap di dalam dan luar negara, termasuk Amerika Syarikat, dengan menyamar sebagai pendakwa raya dan anggota polis China.

“Mangsa diperdaya menerusi dakwaan kononnya mereka terbabit dalam kes jenayah sebelum ditawarkan bantuan bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap.

“Mereka dipercayai menggunakan aplikasi komunikasi dalam talian untuk berhubung dengan mangsa,” katanya.

Alzafny berkata, warga China yang ditahan dipercayai berperanan sebagai pentadbir dan pegawai khidmat pelanggan, manakala bekalan makanan dihantar oleh ejen ke premis berkenaan yang dilengkapi kemudahan elektrik dan air.

Dalam serbuan itu, polis merampas 82 telefon bimbit, tiga komputer riba, lima penghala rangkaian (router), 16 pasport China, empat tripod, wang tunai RM5,000 serta dokumen perjanjian sewaan atas nama seorang lelaki tempatan berbangsa Cina.

Pemeriksaan awal terhadap komputer riba dan telefon bimbit turut menemukan rakaman video suspek menyamar sebagai pihak berkuasa China serta beberapa skrip dalam bahasa Mandarin yang dipercayai digunakan bagi menjalankan penipuan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan. Kesemua 40 suspek direman selama empat hari bermula 13 hingga 16 Oktober ini bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

The post Pusat peranginan terbiar jadi markas sindiket penipuan dalam talian appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 46NEWnow
Latest 19:47 MYT
45New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
14 Oct, 18:53 MYT
Origin confidence 60% · 8 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    18:53

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.