Malaysian Attention Engine
Live wire
54Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, bukti kerajaan tunaikan janji reformasi - PM44Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar44General : 33 Malaysian Creators Nominated For TikTok's First Southeast Asia Awards41Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja | Sinar Harian41Krisis bekalan petrol di Bali40'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil38Don’t blame UNHCR for govt’s failure to manage refugees, minister told37Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda37Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok36Lelaki dipenjara lapan tahun tampar, pukul, paksa kanak-kanak makan najis
NewConfirmedupdated 38 min ago

Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
47
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
5
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 13:39 MYTLatest activity 14 Oct, 14:31BMconfidence 93%

What happened

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin dipanggil semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini, dipercayai berkaitan pengisytiharan harta. (Berita Harian, 13:39)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM

By Mohd Iskandar Ibrahim · 14 Oct, 13:39 MYT

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin dipanggil semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini, dipercayai berkaitan pengisytiharan harta.

Beliau yang hadir bersama dua peguamnya memasuki pekarangan bangunan suruhanjaya itu pada jam 11 pagi tadi.

Setakat jam 1 tengah hari tadi, urusan beliau di SPRM masih belum selesai.

Difahamkan, kehadiran beliau adalah bagi menerima notis pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.Sebelum itu, Nazir Hussin ketika ditemui memaklumkan, permohonan injunksi sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bagi menghalang pelaksanaan arahan mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Beliau turut mendakwa mungkin ditahan SPRM sambil menggesa agensi itu menghormati proses undang-undang dan menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan injuksi yang dibuat semalam.

Media pada 1 Oktober lalu melaporkan, dua ahli korporat adik beradik masing-masing bergelar Datuk Seri dan Datuk direman lima hari bagi membantu siasatan kes disyaki bersubahat menyeleweng serta menyalahgunakan kedudukan dalam urusan pelaburan kira-kira RM10 juta.

Difahamkan, siasatan awal mendapati mereka disyaki bersubahat dengan seorang pegawai sebuah yayasan berasaskan pendidikan untuk meluluskan pelaburan kira-kira RM10 juta kepada sebuah syarikat pelaburan milik abang kepada suspek pertama pada penghujung 2020.

Sumber dilaporkan berkata, SPRM turut menyita pelbagai aset dan barangan termasuk 15 kereta mewah serta 12 motosikal berkuasa tinggi dalam siasatan berkenaan.

Turut disita lima jam tangan mewah, tiga gelang tangan dan wang tunai berjumlah kira-kira RM30,000.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 5 independent sources, 5 new in the last hour
  • Driven by news coverage (6 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 47NEWnow14:00
Latest 14:37 MYT
47New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources5Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 13:39 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:39

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (6)

Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM
Berita HarianNewsmainstreamBM
SPRM panggil semula Nazir Hussin bagi pengisytiharan harta
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate
Nazir Hussin hadir semula ke SPRM, terima notis isytiharan harta
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBMnear-duplicate
Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.